Maserati buat pusingan U secara bahaya di Linkedua, penunggang motosikal maut rempuh besi penghadang
Maserati buat pusingan U secara bahaya di Linkedua, penunggang motosikal maut rempuh besi penghadang

ISKANDAR PUTERI: Tindakan pemandu kereta mewah Maserati warga Singapura membuat pusingan U secara bahaya di tempat yang tidak dibenarkan, menjadi punca kemalangan empat kenderaan dan mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam di Kilometer 0.6 Lebuhraya Linkedua di sini, petang semalam, seorang penunggang motosikal jenis Honda RS maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, penunggang motosikal warga tempatan berumur 31 tahun meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan kaki kiri.
“Sebelum kejadian, sebuah kereta jenis Maserati dipandu lelaki warga Singapura berusia 27 tahun melakukan pusingan U di lokasi yang tidak dibenarkan untuk menghala ke arah Singapura.
“Tindakan itu menyebabkan kenderaan terbabit melanggar pembahagi jalan tengah sebelum besi penghadang tercabut dan memasuki laluan bertentangan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
“Mangsa penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu merempuh besi berkenaan sebelum terjatuh ke bahu jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kumarasan berkata, kotak simpanan motosikal mangsa turut tercampak ke laluan bertentangan dan dilanggar dua lagi penunggang motosikal iaitu Yamaha MT-09 berwarna ungu dan Yamaha XMAX 250.

Bagaimanapun katanya kedua-dua penunggang tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kejadian itu turut mencetuskan kekecohan apabila pemandu Maserati berkenaan diserang dan dipukul menggunakan topi keledar oleh beberapa pengguna jalan raya lain yang berada di lokasi,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu dan merbahaya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
Kes turut disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di talian 07-5101322.
Terdahulu, tular di media sosial beberapa video kemalangan, mendapat kecaman netizen ekoran tindakan pemandu Maserati yang membuat pusingan U di kawasan tidak dibenarkan.
Beberapa video juga memperlihatkan kekecohan berlaku antara penunggang motosikal selepas kemalangan terjadi.
Maserati buat pusingan U secara bahaya di Linkedua, penunggang motosikal maut rempuh besi penghadang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
You must be logged in to post a comment.