Peminat Dedah Sisi Eyka Farhana, Cantik & Jaga Solat
‘Saya Terserempak Di Surau Lapangan Terbang Changi’
Peminat Dedah Sisi Eyka Farhana, Cantik & Jaga Solat
Seorang individu berkongsi pengalaman bertemu pelakon jelita Eyka Farhana di surau lapangan terbang Changi, Singapura ketika ingin menunaikan solat jamak.
Jaga solat
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu yang dikenali sebagai Nik Mastura mengucapkan tahniah kepada Eyka atas perkahwinan yang berlangsung.
Namun begitu, perkongsiannya meraih perhatian setelah mendedahkan sisi Eyka yang menjaga solat walau berada di tempat awam.
Selamat pengantin baru Eyka Farhana.
Eyka ni dah la cantik, jaga solat pulak.
Saya terserempak dengan dia di surau lapangan terbang Changi.
Lepas solat jamak qasar Zohor, dia ke belakang sikit. Mungkin solat sunat.
Masha-Allah, keluar surau, saya beranikan diri tegur Eyka.
Dalam pada itu, Mastura turut memuji personaliti Eyka yang peramah melayan kerenah peminat untuk bergambar.
Lemah lembut dan baik
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang berpengalaman bertemu pelakon drama Budak Tebing itu bersetuju dengan perwatakannya yang lemah lembut. Selain itu, warganet turut mendoakan Eyka diberikan hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna.
Sumber: Threads @nikmasturamohammad
Peminat Dedah Sisi Eyka Farhana, Cantik & Jaga Solat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.