Lazio naik ke tangga keempat Serie A

Lazio naik ke tangga keempat Serie A

Lazio naik ke tangga keempat Serie A
LAZIO kini menghuni tangga keempat dengan 66 mata. FOTO AFP

Milan: Lazio melonjak ke kelompok empat teratas Serie A selepas menang tipis 1-0 ke atas Empoli namun kedudukan itu dijangka tidak bertahan lama.

Gol seawal beberapa saat permainan bermula oleh Boulaye Dia cukup untuk memastikan tiga mata buat Lazio dalam aksi yang turut menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan 10 pemain.

Empoli terlebih dahulu kehilangan Lorenzo Colombo yang dilayangkan kad merah pada minit ke-39 susulan terjahan keras terhadap Samuel Gigot.

Lazio pula beraksi kurang seorang pada baki 14 minit terakhir selepas Elseid Hysaj dilayangkan kad kuning kedua.

Lazio kini menghuni tangga keempat dengan 66 mata, satu mata di depan Juventus yang bakal berdepan Bologna awal pagi esok.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


Bologna pula hanya satu mata di belakang Juve dengan kelebihan perbezaan jaringan memihak kepada kedua-dua pasukan berbanding Lazio.

Ini bermakna Lazio hampir pasti bakal turun semula ke tangga kelima tidak kira keputusan perlawanan antara Juve dan Bologna di Stadio Dall’Ara.

Aksi hujung minggu depan antara Lazio dan Juventus pula dijangka menjadi antara pertembungan paling penting bagi merebut dua lagi slot ke Liga Juara-Juara (UCL), dengan enam pasukan masih bersaing sengit.

Inter Milan dan Napoli sudah jauh meninggalkan pencabar lain dan kini memburu kejuaraan liga.

Atalanta yang berada di tangga ketiga, dua mata di depan Lazio, akan bertemu pasukan tercorot Monza – yang bakal tersingkir ke Serie B jika gagal menang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit


Roma yang tidak tewas dalam 18 perlawanan terakhir pula berada di tangga ketujuh dengan tiga mata di belakang Lazio dan akan berdepan Fiorentina, pasukan pesaing lain untuk ke UCL.

Empoli kekal di tangga ke-19 dan dua mata di belakang Lecce – yang masih gagal menang dalam 20 perlawanan, termasuk kekalahan 0-1 kepada Napoli.

Lazio naik ke tangga keempat Serie A

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker