Pendaki maut di Gunung Rinjani dijangka dikeluarkan dari lokasi kejadian hari ini

Pendaki maut di Gunung Rinjani dijangka dikeluarkan dari lokasi kejadian hari ini

Pendaki maut di Gunung Rinjani dijangka dikeluarkan dari lokasi kejadian hari ini
Laporan BH Online mengenai pendaki maut di Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, tengah hari semalam.

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Rennie Abdul Ghani, 57, rakyat Malaysia yang dilaporkan terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, tengah hari semalam ketika aktiviti pendakian dijangka dikeluarkan dari lokasi kejadian hari ini.

Perkembangan itu dimaklumkan adik perempuannya yang hanya mahu dikenali sebagai Yana kepada BH, sebentar tadi.

“Sedang dalam proses bawa jenazah keluar secara manual sebab helikopter tidak dapat turun ke bawah (lokasi Allahyarham jatuh).

“Anggaran (dikeluarkan) mungkin hari ini,” katanya.

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Rennie Abdul Ghani, 57, rakyat Malaysia yang dilaporkan terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, tengah hari semalam ketika aktiviti pendakian dijangka dikeluarkan dari lokasi kejadian hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


Perkembangan itu dimaklumkan adik perempuannya yang hanya mahu dikenali sebagai Yana kepada BH, sebentar tadi.

Yana turut dimaklumkan pihak berkuasa di sana bahawa urusan membawa keluar jenazah turut bergantung situasi semasa di lokasi, terutama cuaca dan keadaan gunung terbabit.

Untuk rekod, pagi tadi, keluarga Allahyarham mengesahkan jenazah mangsa masih berada di lokasi kejadian.

Allahyarham masih belum dikeluarkan kerana lokasi kejadian yang curam dengan pesawat tidak boleh digunakan bagi bantuan kecemasan.

Semalam, pihak berkuasa taman negara di Pulau Lombok memaklumkan pendaki warga Malaysia terjatuh ketika pendakian di kawasan Banyu Urip.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit


Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan pelbagai agensi membabitkan puluhan anggota daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Mataram, pasukan perubatan serta unit Pencarian Dan Pertolongan.

Allahyarham Rennie memulakan pendakian melalui laluan Sembalun pada 1 Mei bersama kumpulan seramai 23 orang.

Pihak keluarga dimaklumkan mengenai berita itu kira-kira jam 8 malam tadi dan Rennie dilaporkan terjatuh jam 1 tengah hari (waktu Malaysia).

Laluan Torean Gunung Rinjani dibuka secara rasmi pada 2020, antara trek pendakian yang paling mencabar, namun indah, kurang dikenali berbanding laluan Sembalun atau Senaru.

Laluan ini dikategorikan sebagai sederhana ke mencabar, dengan beberapa bahagian yang curam dan memerlukan ketahanan fizikal, kecergasan pendaki serta mental yang tinggi.

Pendaki maut di Gunung Rinjani dijangka dikeluarkan dari lokasi kejadian hari ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker