Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Jasmin Loo dan Roger Ng di dakwa pernah berkolaborasi dalam menyelewengkan dana 1MDB.
Penyelewengan dana 1MDB telah menjadi skandal salah guna kuasa yang terbesar dan telah menggemparkan seluruh dunia.
Siapa Jasmin Loo?
Beliau merupakan peguam kanan dalam 1MDB ketika dana syarikat itu hilang.
Sebagai peguam kanan, beliau bertanggung jawab atas pelbagai perjanjian utama yang membawa kepada kehilangan berbilion ringgit.
Jasmin Loo merupakan individu paling rapat dengan Jho Lo.
Dia juga didapati menerima ratusan juta daripada Jho Low.
Polis telah merampas aset miliknya yang bernilai sekitar RM93 juta yang dipercayai dibeli menggunakan dana 1MDB.
Bertahun dia melarikan diri dan akhirnya pulang ke Malaysia bukan secara sukarela.
Tetapi selepas ditahan polis Myanmar atas isu imigresen.
Mahkamah diberitahu bahawa Jasmine Loo tidak pernah didakwa dalam apa apa kes jenayah.
Jasmine Loo dijadikan saksi pihak pendakwaan dalam kes 1MDB dan dilindungi dalam program perlindungan saksi.
Orang yang terbabit secara langsung dalam transaksi yang mencurigakan kini dipanggil untuk membantu mendakwa orang lain tanpa didakwa?
Manusia istimewa ini juga menggunakan program perlindungan saksi untuk mengelak pendakwaan oleh pihak berkuasa Switzerland atas peranannya dalam kemelut kewangan syarikat.
Jadi, adakah kenyataan Jasmin Loo di mahkamah adalah benar, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka?
Siapa Pula Roger Ng?
Roger Ng merupakan bekas pegawai bank Goldman Sachs.
Beliau sudah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat di Brooklyn, New York pada tahun 2023.
Selepas didapati bersalah membantu menggelapkan berbilion dolar daripada 1MDB.
Ketua Hakim Margo Brodie memerintahkan Roger Ng diserahkan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) untuk dikembalikan di bawah tahanan pihak berkuasa Malaysia.
Sebaik siasatan di Malaysia selesai, Roger Ng dikehendaki dibawa kembali ke AS untuk menjalani hukumannya.
Roger Ng tidak ada apa-apa keistimewaan sebagaimana yang diperolehi oleh Jasmin Loo.
Beliau mempunyai pilihan untuk memberikan kenyataan yang benar atau sebaliknya kerana ianya tidak akan mengubah keadaan dirinya sekarang.
Mungkin Roger Ng masih lagi mempunyai harga diri dan dengan rela telah memberikan kenyataan yang benar di mahkamah.
Manakala kebebasan Jasmine Loo adalah bergantung kepada kenyataan yang beliau berikan di mahkamah.
Sekiranya beliau mahu terus menikmati kebebasan, persetankan dengan kebenaran dan keadilan, walau pun beliau sendiri adalah bekas pengamal undang-undang.
Kini terpulang kepada kebijaksanaan mahkamah untuk menilai kredibiliti mereka sebagai saksi.
Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Di Syorkan Untuk Anda:
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.