Deruman enjin motocross hangatkan Borneo Rumble Jamboree V1

Deruman enjin motocross hangatkan Borneo Rumble Jamboree V1

Deruman enjin motocross hangatkan Borneo Rumble Jamboree V1
ANDI (duduk, tiga dari kiri) bersama peserta program.

Kalabakan: Deruman enjin motocross bergema di Karnival Kemasyarakatan Luasong dan Borneo Rumble Jamboree V1, yang menyatukan budaya, sukan dan semangat kejiranan dalam satu platfom rakyat, baru-baru ini.

Acara itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, yang turut meluangkan masa bersolat jemaah bersama penduduk sebagai simbol kebersamaan spiritual dan sosial.

Kemeriahan dan prestij acara turut dirasai dengan kehadiran Konsul Republik Indonesia di Tawau, Aris Heru Utomo sebagai tetamu kehormat, menandakan sokongan dua hala dalam hubungan komuniti rentas sempadan.

Acara itu menghimpunkan penunggang motoross dari seluruh Sabah dan wakil dari Indonesia, sekali gus menjadikan Borneo Rumble Jamboree V1 sebagai acara berstatus antarabangsa yang membuka ruang luas potensi pelancongan sukan ekstrem di rantau Borneo.

Andi menyifatkan karnival itu bukan sahaja satu pertandingan bermotor, tetapi sebagai satu pesta rakyat yang mengangkat budaya, ekonomi dan kesatuan masyarakat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal


“Kita sedang membina satu komuniti yang inklusif, maju dan harmoni dan apabila sukan, budaya dan ekonomi digabungkan, Kalabakan akan terus ke hadapan.

“Saya akan terus menyokong acara ini dengan peruntukan serta perbincangan bersama penganjur bagi menjadikan Kalabakan sebagai hab sukan ekstrem dan destinasi pelancongan komuniti yang dinamik,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kelab Knobbies Motocross, Darren Koh bersyukur dan terima kasih atas kerjasama semua pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan Sabah, khususnya Datuk Mansor serta Yayasan Sabah Group, yang bersama menjayakan acara berkenaan.

Karnival itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan bola tampar, sukaneka kanak-kanak dan dewasa, serta aktiviti riadah seperti perkhemahan dan karaoke.

Deruman enjin motocross hangatkan Borneo Rumble Jamboree V1


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker