PRN Sarawak ditangguh

PRN Sarawak ditangguhPRN Sarawak ditangguh

Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ditangguhkan, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata, penangguhan tersebut susulan proklamasi Darurat dan peruntukan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berkaitan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri masih berkuat kuasa.

Terdahulu, pilihan raya berikutnya bagi negeri itu dijadualkan pada 5 Ogos, 60 hari selepas penggal Dewan Undangan Negeri berakhir pada 6 Jun.

Awal hari ini, Yang Di-Pertuanya Amar Mohd Asfia Awang Nasar dilaporkan berkata DUN Sarawak yang penggalnya tamat bermula esok akan kekal berfungsi di bawah Ordinan Darurat hingga 1 Ogos depan.

Pada 12 Jan, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengisytiharkan darurat untuk membendung penyebaran Covid-19.

Sultan Abdullah berkenan agar keadaan darurat dilanjutkan sehingga 1 Ogos atau tarikh lebih awal sekiranya kes Covid-19 dikurangkan dan stabil.

Pada 12 Mei, Sultan Abdullah menasihati kerajaan negeri Sarawak untuk terus berfungsi walaupun tempoh masa itu dijadualkan berakhir hari ini.

Kuasa untuk membubarkan DUN terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong, selepas berunding dengan ketua negeri Sarawak.

Bulan lalu, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata pilihan raya negeri boleh tunggu sehingga keadaan Covid-19 bertambah baik. FMT

PRN Sarawak ditangguh


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Hanya parti tempatan Sarawak sahaja bertanding pada PRN nanti – Karim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker