Berebut kawasan minta sedekah, lelaki tikam pengemis lain hingga mati

Berebut kawasan minta sedekah, lelaki tikam pengemis lain hingga mati

Berebut kawasan minta sedekah, lelaki tikam pengemis lain hingga mati
Foto hiasan.

SHAH ALAM: Akibat berebut lokasi minta sedekah, seorang lelaki sanggup menikam pengemis lain sehingga mati di hadapan sebuah bank di Seksyen 18, di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata suspek, 28, terdahulu dikatakan bertikam lidah dengan mangsa, 40, berkaitan isu lokasi meminta sedekah.

Beliau berkata, suspek kemudian mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam bahagian dada mangsa beberapa kali sehingga menyebabkan lelaki itu jatuh dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

“Sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat sebelum suspek ditahan jam 12.30 tengah hari di lokasi kejadian.

“Semakan mendapati suspek memiliki sembilan rekod jenayah lampau. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal


Mohd Iqbal berkata, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Shah Alam jam 10 pagi esok.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Akibat berebut lokasi minta sedekah, seorang lelaki sanggup menikam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker