Palace sekat Arsenal

Palace sekat Arsenal

Palace sekat Arsenal
GAYA Mateta meraikan jaringan kedua Palace ketika menentang Arsenal. FOTO AFP

London: Mikel Arteta mengakui Arsenal perlu mendapatkan semula tenaga mereka menjelang pertembungan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Paris Saint-Germain selepas seri 2-2 dengan Crystal Palace yang membolehkan Liverpool semakin hampir menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL).

Skuad Arteta mengharapkan kemenangan ke atas Palace di Stadium Emirates, awal pagi tadi sebagai persediaan terbaik untuk aksi separuh akhir UCL pertama mereka sejak 2009.

Namun, tandukan Jakub Kiwior pada minit ke-3 untuk Gunners disamakan Eberechi Eze menerusi voli pada minit ke-27.

Jaringan Leandro Trossard tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama meletakkan Arsenal di hadapan sekali lagi tetapi pemain gantian Palace, Jean-Philippe Mateta kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-83 dengan satu lambungan cantik menewaskan penjaga gol David Raya yang terkeluar daripada posisi.

Arsenal yang berada di tangga kedua kini ketinggalan 12 mata di belakang Liverpool, dan dengan hanya baki empat perlawanan, skuad Arne Slot akan mengesahkan kejuaraan sekiranya mereka tidak tewas kepada Tottenham di Anfield pada Ahad ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit


Harapan untuk menjuarai liga sebenarnya telah pun pupus beberapa minggu lalu dan Arsenal kini lebih tertumpu kepada impian menjuarai UCL buat kali pertama.

Namun, persembahan hambar menentang Palace bukanlah persiapan terbaik sebelum menentang juara Perancis PSG, yang menyingkirkan Liverpool dan Aston Villa dalam laluan mereka ke separuh akhir.

“Kami kecewa dengan keputusan dan prestasi. Kami gagal kekal konsisten dalam aksi kami untuk mendominasi permainan,” kata Arteta.

“Dalam banyak aspek, kami sepatutnya bermain dengan lebih baik. Palace sangat teratur dan layak mendapat pujian, tetapi kami merendahkan tahap kami.

“Kami bergelut untuk mencari rentak, hilang bola dengan mudah dan terlambat dalam segala tindakan. Kami perlu jauh lebih baik.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


Kebimbangan Arteta turut bertambah dengan kecederaan dialami Mikel Merino yang tidak dapat beraksi dalam perlawanan itu dan mungkin tersisih menentang PSG.

Merino selaku pemain tengah secara tradisinya, tetapi bertindak sebagai penyerang sementara susulan kecederaan menimpa Kai Havertz dan Gabriel Jesus.

“Kita perlu tunggu dan lihat kerana mereka tidak dapat berada dalam skuad hari ini,” kata Arteta apabila ditanya tentang kemungkinan Merino dan pertahanan Ben White cergas untuk menentang PSG.

Ini keputusan seri kesembilan Arsenal musim ini dalam perlawanan yang mereka dahului – jumlah tertinggi oleh mana-mana pasukan dalam satu musim sejak Tottenham pada 2007-08.

Kegagalan berulang Arsenal untuk menamatkan perlawanan menyebabkan mereka mengumpul 13 keputusan seri daripada 34 perlawanan liga, sekali gus membantu Liverpool menghampiri kejuaraan liga ke-20 mereka, menyamai rekod Manchester United.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah


Berpotensi menamatkan musim sebagai naib juara EPL buat kali ketiga berturut-turut, pasukan Arteta berharap dapat menamatkan kemarau trofi lima tahun mereka dengan penuh bergaya di pentas Eropah.

Arteta menegaskan mereka tidak terganggu dengan peluang untuk mara ke final buat kali pertama sejak 2006 tetapi mengakui waktu rehat hampir seminggu sebelum menentang pasukan bimbingan Luis Enrique akan membantu skuadnya yang dibelenggu kecederaan.

“Kami bercakap mengenai pentingnya untuk kekal fokus. Kami ada masa yang cukup untuk bersedia menghadapi PSG tetapi hari ini kami tidak cukup baik untuk menang,” katanya.

“Adalah baik untuk mempunyai selang masa yang panjang dan perlukan rehat. Kami perlu pemain kembali ke tahap terbaik serta dapatkan semula tenaga.”

Menjelang separuh akhir Piala FA menentang Aston Villa pada Sabtu, Palace mungkin boleh dimaafkan jika mereka tidak terlalu serius di utara London.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?


Namun pengurus Oliver Glasner memulakan perlawanan dengan pemain utama seperti Mateta dan Ismaila Sarr di bangku simpanan bagi memastikan mereka cergas untuk aksi di Wembley tetapi Palace tetap memberikan aksi bertenaga.

“Ia bukan matlamat kami untuk menentukan juara liga, matlamat kami untuk menang perlawanan ini. Seri satu keputusansangat baik. Lebih penting lagi ialah persembahan kami. Kami kembali ke landasan yang betul,” kata Glasner.

Palace sekat Arsenal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker