Klopp tak mungkin bimbing Real Madrid

Klopp tak mungkin bimbing Real Madrid

Klopp tak mungkin bimbing Real Madrid
KLOPP kekal komited terhadap tugasnya di Red Bull. -FOTO AFP

London: Bekas pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, dilaporkan tidak akan kembali membimbing mana-mana kelab atau pasukan kebangsaan sekurang-kurangnya sehingga musim panas 2026, menurut laporan terbaharu media Britain.

Pengurus berpengaruh dari Jerman itu mengundurkan diri dari Anfield pada akhir musim lalu, selepas lebih dua dekad dalam dunia kejurulatihan tanpa cuti panjang, atas faktor keletihan fizikal dan mental.

Bagaimanapun, Klopp mencetus kejutan apabila dilantik sebagai Ketua Bola Sepak Global Red Bull pada awal tahun ini, dalam peranan lebih kepada pengurusan strategik.

Namun, desas-desus mengenai kemungkinan beliau kembali ke arena kejurulatihan mula bertebaran.

Nama Klopp dikaitkan dengan Real Madrid yang sedang mencari pengganti kepada Carlo Ancelotti susulan kegagalan kelab itu mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit


Namun begitu, ejennya pantas menepis khabar angin tersebut dan menegaskan bahawa Klopp “amat berpuas hati dengan peranan baharunya” di Red Bull.

Walaupun perpindahan ke Madrid nampaknya tidak akan berlaku, nama Klopp dijangka terus menjadi sebutan dalam kalangan kelab mahupun pasukan kebangsaan.

Akhbar The Telegraph melaporkan bahawa perancangan kerjaya Klopp “setakat ini hanya tertumpu kepada Red Bull”.

Sekiranya beliau kembali ke bidang kejurulatihan sekalipun – yang ketika ini masih dianggap kemungkinan, bukan kepastian, ia hanya akan berlaku selepas musim panas 2026.

Jangka masa itu, iaitu selepas berakhirnya Piala Dunia 2026, menguatkan spekulasi bahawa Klopp mungkin beralih ke pengurusan skuad kebangsaan.

Nama negaranya sendiri, Jerman, sudah lama disebut sebagai destinasi ideal buat Klopp. Selain itu, pasukan kebangsaan Amerika Syarikat dan England turut berada dalam senarai kemungkinan.

Pengurus Amerika Syarikat, Mauricio Pochettino, sebelum ini secara terbuka menyatakan hasrat untuk kembali ke Tottenham Hotspur, manakala pengendali England, Thomas Tuchel, juga bakal tamat kontrak selepas Piala Dunia akan datang.

 

Klopp tak mungkin bimbing Real Madrid

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker