Menteri muncul tabur gula-gula?
Menteri muncul tabur gula-gula?
Nibong Tebal: Dakwaan menteri turun ke lapangan khususnya di Sungai Bakap untuk menabur ‘gula-gula’ susulan Pilihan Raya Kecil (PRK) bakal diadakan adalah tidak berasas.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata, tugas menteri perlu turun ke lapangan selari dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, ia bagi membolehkan mereka melihat sendiri masalah rakyat seterusnya mencari jalan penyelesaian selepas gagal diselesaikan oleh pemimpin tempatan.
“Dakwaan (menteri turun kawasan PRK) tabur ‘gula-gula’ itu tak betul. Saya (selaku Menteri Komunikasi) berada di sini kerana ada kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak petang nanti untuk menyampaikan jemputan Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim.
“Jadi saya ambil kesempatan untuk adakan program di bahagian Seberang Perai kerana pertemuan bersama TYT itu di pulau, jadi kita kira ‘fair’ (adil) kepada kedua belah serta tak jadi isu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai dakwaan ramai menteri dan timbalan menteri turun ke Sungai Bakap bagi menabur ‘gula-gula’ PRK.
Terdahulu, Fahmi menghadiri Program Sembang Santai Komuniti Madani Nibong Tebal di Sungai Bakap, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, beliau turut menjadikan pertemuan itu sebagai kesempatan mendengar keluhan masyarakat berhubung isu air di daerah Seberang Perai Selatan (SPS).
“Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir juga telah hadir dua hari lalu bagi meneliti isu terbabit.
“Saya nak tegaskan di sini bahawa kita akan terus berkhidmat tanpa mengira tempat,” katanya.
Pada 4 Jun lalu, media melaporkan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pulau Pinang melaksanakan pelbagai usaha dan perancangan bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di daerah SPS. HM
Menteri muncul tabur gula-gula?
Baca Artikel Menarik:
- RTM rehatkan Don Daniyal
- OKU dicederakan pengiring TMJ dirakam keterangan di Bukit Aman
- Mahkamah benar Najib, Wan Rosdy fail afidavit
- Lelaki larikan kereta dan warga emas di stesen minyak ditahan
- Pyan Habib dalam kenangan
- Itu rumah saya, bukan surau – pemilik Kg Sri Makmur lapor polis kenyataan PTD Gombak
- Suami BCL seleweng dana syarikat
- Penyamun larikan kereta bersama warga emas dirakam CCTV [VIDEO]
- https://mykmu.net/2024/06/04/keluarga-melayu-islam-makan-babi-kerana-kesilapan-penghantar-makanan/
- ‘Saya nak papa, mama’ – Anak sulung pasangan suami isteri maut undang sebak [VIDEO]
- ‘Kami tidak keluar Bersatu, hanya mahu peruntukan kerajaan’ – MP Bersatu
- Cliff Umar akhirnya bersuara selepas kantoi
- Polis sahkan menembak mati 2 lelaki di RnR Tanjung Malim
- Filipina sedia berperang jika rakyatnya dibunuh di laut China Selatan
- Ibu bapa Zayn Rayyan kini disyaki suspek pembunuhan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.