Liat bayar hutang punca petani curi lembu

Liat bayar hutang punca petani curi lembu

Liat bayar hutang punca petani curi lembu
SEORANG petani ditangkap kerana disyaki mencuri seekor lembu. – Foto Istimewa

JAKARTA – Seorang petani sanggup mencuri seekor lembu kerana pemilik haiwan berkenaan tidak membayar hutang kepadanya dalam kejadian di Gorontalo, Sulawesi, lapor portal berita Detikcom hari ini.

Petani dikenali sebagai SH, 44, itu ditangkap polis di rumahnya selepas pemilik haiwan tersebut membuat laporan polis tentang kehilangan lembunya pada waktu malam.

Suspek mengaku menjual lembu yang dicuri pada harga 12.5 juta rupiah (RM3,300).

“Motif kecurian adalah kerana dendam selepas mangsa gagal membayar wang pinjaman berjumlah 3.3 juta rupiah (RM863),” kata polis.

Polis mendapati suspek menyembunyikan haiwan itu di kebun tebu tidak jauh dari lokasi kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?


“Suspek kemudian  meminjam kenderaan penduduk untuk mengangkut lembu tersebut,” kata Penolong Ketua Polis Boalemo, Komisioner Afandi Nurkamiden.

Menurutnya, jika didapati bersalah mencuri lembu, suspek boleh dihukum penjara tujuh tahun. – AGENSI

Liat bayar hutang punca petani curi lembu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker