145 Ketua UMNO Bahagian desak PM segera laksanakan Titah Adendum

145 Ketua UMNO Bahagian desak PM segera laksanakan Titah Adendum

145 Ketua UMNO Bahagian desak PM segera laksanakan Titah Adendum

KUALA LUMPUR: Seramai 145 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara, termasuk dari Sabah, mendesak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim segera mengambil tanggungjawab penuh melaksanakan Titah Adendum bagi membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.

Mereka menegaskan ia sebagaimana diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16, sekali gus tiada lagi alasan untuk melengah-lengahkan pelaksanaannya.

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah, berkata kesemua mereka turut mendesak Peguam Negara menarik balik rayuan yang difailkan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 6 Januari 2025 berkait kes Titah Adendum itu.

“Sebagai penasihat undang-undang tertinggi kerajaan, Peguam Negara seharusnya menjunjung titah Raja serta mendukung keadilan dan bukan menghalangnya.

“Selain itu, semua Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara yang belum bersidang, dicadangkan membawa usul khas mengenai isu Titah Adendum ini dalam persidangan bahagian masing-masing.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


“Usul ini penting sebagai bukti kesepakatan dan solidariti parti dalam mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu serta menegakkan prinsip keadilan untuk semua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perjumpaan Khas Ketua-Ketua UMNO Bahagian, di sini, malam ini.

Antara yang hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Langkawi; Datuk Mohd Nazifuddin Najib; Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (Alor Setar), Datuk Suraya Yaacob (Pendang), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai), Datuk Johan Abdul Aziz (Hulu Langat), dan Datuk Seri Ahmad Said (Kemaman).

Mengulas lanjut, Mohd Shafei berkata, Ketua-ketua UMNO bahagian menegaskan perkara itu bukan hanya soal individu tetapi juga soal kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada institusi diraja dan prinsip keadilan.

Perjumpaan khas malam ini antara lain membincangkan desakan akar umbi UMNO berhubung Titah Adendum terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Ia susulan Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang dikatakan titah oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16 untuk membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan dalam rumah.

Sebaliknya, media melaporkan AGC mempertikaikan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi.

Seramai 145 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara, termasuk dari Sabah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker