Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

 

Secara tiba-tiba, UMNO memfailkan saman pemula bagi mendapatkan pengisytiharan supaya sebidang tanah yang berkeluasan 9,723 meter persegi di ibu kota, dipindah milik kepada UMNO.

Saman itu difailkan oleh Setiausaha Kerja Umno, Mohd Sumali Reduan.

Beliau selaku plaintif, memfailkannya melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, di Mahkamah Tinggi pada 6 Mac lalu.

Sumali turut menamakan Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sebagai defendan.

UMNO memohon satu perintah bahawa pemilik geran 78154, Lot 40 Seksyen 51, Bandar Kuala Lumpur yang didaftarkan atas nama 4 pemegang amanah, dipindahkan kepada UMNO.

Ia mengikut Fasal 27.1 Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Seksyen 9 Akta Pertubuhan 1966.

4 orang pemegang amanahh tersebut adalah, Daim Zainuddin, Musa Hitam, Dr Mahathir dan Sanusi Junid.

Berdasarkan afidavit sokongan, Sumali berkata, Borang Jadual 17, permohonan kebenaran untuk pindah milik tanah bertarikh 27 Okt 2015 disertakan dengan Surat Akuan bertarikh 22 Okt 2015.

Ia juga disahkan serta ditandatangani oleh empat pemimpin terbabit.

Kepimpinan tertinggi UMNO sekarang, telah bersetuju melalui Surat Akuan bertarikh 10 Dis 2015 untuk mendaftar semula hartanah tersebut.

Daripada pemegang-pemegang amanah terdahulu kepada UMNO.

28 Dis 2015 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah meluluskan untuk kebenaran pindah milik tersebut.

Namun, ketika proses pindah milik, permohonan Borang 14A tersebut telah ditolak pada 18 Mei 2017.

Alasan yang diberikan adalah nama seperti di dalam geran hartanah tidak sama seperti dalam kad pengenalan.

Presiden UMNO Dedahkan Pemegang Amanah Enggan Menandatangani Surat Pindah Milik

 

3 orang pemegang amanah tersebut sudah meninggal dunia.

Manakala seorang lagi enggan menandatangani surat pindah milik tersebut.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Presiden UMNO sekarang, DS Zahid Hamidi.

“Pemegang Amanah adalah orang yang diberikan tanggungjawab untuk memegang amanah pada satu-satu ketika.”

“Terutama ketika jawatan parti dipegang atau ada jawatan dalam kerajaan.”

“Tetapi seseorang yang tidak lepaskan tanggungjawab kepada parti yang tidak lagi dianggotainya atau orang itu tidak lagi berada dalam kerajaan, ia harus dilepaskan.”

“Sehingga sekarang beliau enggan menandatangani dokumen berkenaan kerana tiga individu sudah berbuat demikian,” dedah DS Zahid.

Apa Muslihat Pemegang Amanah Tersebut?

 

Menurut sumber yang dipercayai, satu-satunya pemegang amanah tersebut mempunyai agenda beliau sendiri.

Beliau dikatakan, mahu mengambil alih tanah ibu pejabat UMNO Malaysia untuk menukarkannya sebagai ibu pejabat PPBM.

Sememangnya bukan rahsia lagi, beliau menubuhkan parti PPBM untuk menggantikan UMNO.

Malah, beliau pernah cuba untuk mengharamkan parti UMNO sebagai usaha untuk menjayakan agenda tersebut.

Namun begitu beliau lupa.

Usaha untuk melucut hak tanah yang kini menempatkan ibu pejabat UMNO, tidak akan berjaya selagi tidak mendapat persetujuan dari pemilik asal tanah tersebut, Tengku Razaleigh (Ku Li).

Adalah lebih baik di penghujung usia, di lupakan angan-angan politik beliau dan laksanakan tanggungjawab sebagai pemegang amanah sebelum terlambat.

Lebih menghairankan lagi apabila fakta sejarah PWTC yang kini menjadi rahsia umum telah cuba diputar belit oleh penyokong tegar beliau.

Bila masa pula, kepimpinan UMNO sekarang menubuhkan UMNO baharu?

Kalau pun mahu cari sesuap nasi untuk anak isteri, carilah dengan cara yang bermaruah dan halal!!!

 

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker