Syafiq Kyle Gembira Orang Ramai Jadikan Contoh Berdoa Depan Kabaah Minta Jodoh
‘Saya Berkongsi Meraikan Kebesaran Allah’
Syafiq Kyle Gembira Orang Ramai Jadikan Contoh Berdoa Depan Kabaah Minta Jodoh
Pelakon, Syafiq Kyle gembira apabila pendedahannya sebelum ini yang memohon doa di hadapan Kaabah agar dijodohkan dengan aktres, Mimi Lana dijadikan contoh oleh orang ramai.
Doa depan Kaabah
Tiada niat mahu riyak, pemilik nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, berkata, tujuan dia berkongsi mengenai perkara itu hanyalah mahu memuji kebesaran Yang Maha Esa.
Alhamdulillah apabila ada yang menjadikan itu sebagai satu contoh, lagi pula itu perkara yang baik.
Apa pun yang terjadi semua ini bukan sebab saya tetapi sebab Allah. Usaha saya hanya kecil sahaja, tetapi kebesaran Allah yang lagi besar.
Tujuan saya berkongsi apa yang saya buat adalah untuk meraikan kebesaran Ilahi. Tiada niat lain.
Dalam pada itu, pelakon filem Blood Brothers itu meluahkan rasa syukur apabila perkongsian tersebut dipandang dari sudut positif.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Saya lihat perkongsian saya itu diambil dengan sangat positif oleh orang ramai. Namun jika ada yang lihat dari sudut kurang baik, saya mohon maaf. Saya percaya, apa sahaja yang dibuat oleh manusia ada baik dan buruknya.
Terdahulu, Syafiq mendedahkan sepanjang 14 hari berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah, dia sentiasa berdoa di hadapan Kaabah agar dijodohkan dengan Mimi.
Imbas kembali, Syafiq dan Mimi mendirikan rumah tangga pada 14 Februari lalu di Taiping, Perak.
Sebelum ini, Mimi dan Syafiq pernah menjalinkan hubungan cinta selama beberapa tahun. Mereka pernah membatalkan majlis pernikahan di saat akhir yang dijadualkan pada 18 Ogos 2023.
Syafiq Kyle Gembira Orang Ramai Jadikan Contoh Berdoa Depan Kabaah Minta Jodoh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.