Luar setinggan, dalam kondo

Luar setinggan, dalam kondo

Luar setinggan, dalam kondo
Perbezaan keadaan di luar dan dalam rumah tersebut. – TikTok

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan keadaan sebuah rumah yang kelihatan daif dari luar, namun mempunyai hiasan dalaman seperti kediaman mewah, lapor portal berita Wolipop semalam.

Rumah tersebut terletak di Ogan Komering Ilir, wilayah Sumatera Selatan.

Berdasarkan video yang dimuat naik di platform TikTok, rumah kayu itu kelihatan daif dari bahagian luar.

Namun, selepas video bahagian dalaman dipaparkan, perbezaan ketara dapat dilihat apabila lantainya dilitupi jubin seramik dan permaidani.

Berhampiran pintu, terdapat televisyen yang dipasang pada panel dinding kayu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Di dalam rumah juga kelihatan sofa yang lengkap dengan hiasan dinding serta lampu gantung.

Turut terdapat adalah meja bar mini yang dilengkapi dengan lampu, selain set dapur yang cantik.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Di sini kita perlu mempelajari bahawa jangan menilai seseorang daripada luaran,” kata seorang netizen.

“Inilah manusia yang merendah diri,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Luar setinggan, dalam kondo


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker