Kedai cuci kereta tawar khidmat mandikan gajah
Kedai cuci kereta tawar khidmat mandikan gajah

BANGKOK – Sebuah pusat cuci kereta di Thailand mengundang perhatian ramai kerana menawarkan perkhidmatan memandikan gajah, lapor portal berita Thaiger semalam.
Tempat cuci kereta itu terletak di daerah Si Racha, wilayah Chonburi.
Rakaman dimuat naik di platform Facebook memaparkan seorang pekerja sedang membersihkan seekor gajah sambil menyembur air pada badannya yang dipenuhi buih sabun.
Bahkan, gajah itu mengangkat belalainya seolah-olah menunjukkan tanda gembira dan menikmati mandian tersebut.
Klip video itu mencatatkan 14,000 tanda suka dan menimbulkan pelbagai reaksi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Ada ‘kereta’ ini mempunyai lesen memandu?” kata seorang netizen.
“Selepas cuci, jangan lupa cat tayar warna hitam!” kata seorang pengguna media sosial lain. – AGENSI
Kedai cuci kereta tawar khidmat mandikan gajah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.