Wanita cedera kereta terbabas dan terbalik di LPT
Wanita cedera kereta terbabas dan terbalik di LPT

TEMERLOH: Seorang wanita cedera tersepit, manakala tiga lagi termasuk kanak-kanak perempuan selamat selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan terbalik dalam kemalangan di Kilometer (KM) 102, Lebuhraya Pantai Timur arah Timur, pagi tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata kemalangan jam 11.22 pagi itu membabitkan sebuah Proton Exora yang hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.
“Seorang wanita tersepit tetapi hanya cedera ringan, manakala dua wanita lain bersama kanak-kanak berjaya keluar sendiri daripada kenderaan yang terbalik itu.
“Tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab yang tiba di lokasi dengan segera dan terus memulakan operasi menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang tersepit diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan untuk tindakan susulan.
Wanita cedera kereta terbabas dan terbalik di LPT
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
You must be logged in to post a comment.