Benarkah Ismail Sabri Ada RM710 Juta?
Benarkah Ismail Sabri Ada RM710 Juta?
Ismail Sabri sekali lagi hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya berkaitan dengan siasatan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa yang membabitkan duit tunai dan aset bernilai lebih dari RM170 juta.
Beliau dilihat tiba di perkarangan ibu pejabat SPRM pukul 9.57 pagi semalam.
Ini adalah kali kelima Ismail Sabri dipanggil SPRM untuk diambil keterangan sebagai suspek utama.
Di jangka siasatan SPRM ke atas Ismail Sabri akan mendedahkan banyak lagi misteri lain akan terjawab melibatkan kes rasuah beliau.
SPRM tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa saksi lain bagi membantu siasatan dalam kes empat bekas pegawai kanan kepada Ismail Sabri.
Persoalannya siapa saksi-saksi itu?
Adakah Nazimah dan Datuk Arman?
Nazimah Hashim bekas Ketua Setiausaha Sulit PM9.
Khabar angin bertiup kencang beliau dikatakan mengumpul dana pilihan raya selain Mohammad Anuar (SUPOL) dan Syed Mohd Fazmi Bin Sayid Mohd (SUPOL).
Nazimah adalah isteri kepada Shuhaimi Nasir Ahli Parlimen Libaran yang juga Ketua Penerangan UMNO Sabah.
Beliau dikatakan antara pemimpin UMNO Sabah yang mendapat dana ratusan juta daripada Ismail Sabri dengan bantuan Nazimah.
Pernah tular sebelum ini Nazimah melarikan diri ke London.
Namun telah kembali dan sekarang tinggal di Sabah bersama suami beliau, Shuhaimi Nasir.
Sudah tiba masanya SPRM panggil Nazimah untuk dapatkan di mana dana projek Poster Boy Ismail Sabri disimpan.
Ratusan juta ringgit dikatakan masih berada ditangan Nazimah.
Dana Mohammad Anuar telah dirampas, kini dana di tangan Nazimah, Suhaimi dan baki yang ada pada Arman perlu dicari.
Sumber mendakwa, jumlah keseluruhan dana yang di selewengkan di jangka melebihi RM700 juta.
Sekiranya dakwaan ini benar, maka rampasan yang bernilai RM170 hanyalah ibarat a tip of the iceberg.
Setiap sen dana rakyat yang diselewengkan walau atas nama apa pun, mesti dikembalikan kepada rakyat.
Benarkah Ismail Sabri Ada RM710 Juta?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
You must be logged in to post a comment.