Lampu Ramadan kembali menerangi London

Lampu Ramadan kembali menerangi London

Lampu Ramadan kembali menerangi London
LAMPU hiasan yang dipasang di tengah London untuk meraikan kedatangan Ramadan. FOTO Reuters.

London: Kawasan West End di London diterangi cahaya sempena sambutan bulan suci Ramadan, lapor Anadolu Ajansi.

Untuk tahun ketiga berturut-turut, Lampu-lampu Ramadan dipasang di pusat bandar London sebagai sebahagian daripada sambutan Ramadan, yang dijangka bermula pada awal Mac tahun ini.

Dianjurkan oleh Yayasan Aziz, lampu bertulis “Happy Ramadan” dinyalakan di sepanjang Coventry Street oleh Datuk Bandar London, Sadiq Khan, pada Rabu malam.

Ketika berucap pada majlis itu, Khan menegaskan bahawa London menolak semua bentuk kebencian dan menghormati kepelbagaian.

Beliau berkata London merupakan bandar pertama di negara Barat yang memasang hiasan Ramadan, sambil menambah bahawa lampu ini menjadi antidot kepada Islamofobia, antisemitisme dan segala bentuk kebencian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Lampu Ramadan yang terdiri daripada lebih 30,000 mentol LED akan menerangi malam London dari 5 petang hingga 5 pagi sehingga 29 Mac.

Ramadan disambut dengan berpuasa pada siang hari, solat, refleksi diri serta mengukuhkan semangat kemasyarakatan selain memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Lampu Ramadan kembali menerangi London

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker