Sarr ledak dua gol di hari lahir ke-27

Sarr ledak dua gol di hari lahir ke-27

Sarr ledak dua gol di hari lahir ke-27
SARR (kiri) meraikan jaringan bersama Mateta. FOTO REUTERS

 

London: Ismaila Sarr menjaringkan dua gol pada hari lahirnya yang ke-27 ketika membantu Crystal Palace menang selesa 4-1 ke atas Aston Villa pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park, awal pagi tadi.

Keputusan itu menjejaskan peluang pelawat untuk ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), musim depan.

Villa jatuh ke tempat ke-10 dalam carta dengan 42 mata daripada 28 perlawanan, manakala Palace naik ke tempat ke-12 dengan 36 mata daripada 27 perlawanan.

Palace mendominasi peluang ketika mereka meraih kemenangan ketiga di tempat sendiri musim ini apabila penyerang sedang berada di kemuncak prestasi, Jean-Philippe Mateta dan Eddie Nketiah turut menjaringkan gol dalam satu persembahan yang kemas serta penuh ancaman serangan.

Villa dua kali berjaya menjaringkan gol, tetapi kedua-duanya dibatalkan kerana ofsaid.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Mereka gagal mencipta banyak peluang di bahagian serangan dan hanya mampu menjaringkan gol sagu hati menerusi Morgan Rogers.

Villa hanya mempunyai dua percubaan tepat ke sasaran dalam perlawanan itu dan salah satunya menghasilkan gol mereka.

Namun, kelemahan utama mereka adalah di bahagian pertahanan apabila mereka sering kali dibolosi oleh pasukan tuan rumah.

“Pemain beraksi dengan baik, saya agak terkejut dengan sistem mereka (Villa) yang menggunakan formasi 3-4-3. Tetapi pemain kami tahu apa yang perlu dilakukan dan memanfaatkan peluang yang ada,” kata jurulatih Palace, Oliver Glasner kepada TNT Sports.

“Kami tahu bagaimana mereka (Villa) mahu bermain, sentiasa mencari pemain di ruang kosong dengan hantaran pendek.

“Tetapi kami beraksi dengan cemerlang, memaksa mereka bermain di bahagian sayap, menunggu peluang kami dan menjaringkan gol yang cantik.

“Apabila kedudukan 1-1, kami tetap bersabar. Ia mengenai bermain secara agresif dan memenangi perebutan bola.”

Palace mendahului tepat sebelum minit ke-30 apabila penjaga gol Villa, Emi Martinez menepis tandukan Chris Richards hasil sepakan percuma dan Sarr dengan mudah menyudahkan bola muntah untuk menjaringkan gol pembukaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker