Arteta temui jawapan melalui Merino

Arteta temui jawapan melalui Merino

Arteta temui jawapan melalui Merino
MERINO bantu Arsenal raih mata berharga. -FOTO Reuters

London: Pencarian Arsenal untuk penyerang yang dilihat menjadi bayangan kepada pengurus Mikel Arteta sehinggalah dia menemui jawapannya ketika perlawanan di Leicester City.

The Gunners nampak seperti sebuah pasukan tanpa penyerang utama apabila mereka bergelut dan tersekat untuk memecah benteng pertahanan Leicester City, walaupun dengan sedikit tentangan di King Power Stadium.

Selepas 69 minit Arsenal kehilangan momentum, Arteta mengakhiri penderitaan Raheem Sterling dan memilih untuk memasukkan Mikel Merino, pemain tengah Sepanyol yang ditandatangani dari Real Sociedad dengan bayaran £32.6 juta (RM181.88 juta) Ogos lalu.

Arsenal bermula dengan Leandro Trossard. Namun tidak berhasil sehinggalah selepas Merino dimasukkan, dia menunjukkan penyudah yang cemerlang dengan kedua-dua gol dalam kemenangan 2-0 itu, memberikan Arteta mata yang sangat berharga dan mengekalkan Gunners dalam perebutan gelaran.

Beberapa jam sebelum perlawanan Arteta mencadangkan kepada Merino untuk masuk sebagai penyerang, tetapi tidak menjamin ia akan mengulanginya sebagai eksperimen pada masa akan datang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?


“Dia mempunyai ancaman gol. Dia boleh menghidu bahaya. Dia boleh meramalkan tindakan. Dia mempunyai masa yang sangat baik untuk tiba di kawasan tertentu dan melaksanakannya.”

“Kami akan menghadapi pelbagai konteks dan kami sudah bersedia. Kami perlu mempunyai gambaran dalam fikiran untuk senario ini.

“Kami perlu melihat perlawanan ini dan apa yang diperlukan. Kami percaya bahawa dia boleh memberi impak. Yang paling sukar selepas itu adalah untuk melaksanakannya dan dia berjaya,” kata Arteta.

Kemenangan itu meletakkan Arsenal hanya empat mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool yang bermain kurang satu perlawanan.

Arteta temui jawapan melalui Merino


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker