Sri Pahang mampu atasi JDT dengan syarat…
Sri Pahang mampu atasi JDT dengan syarat…
![Sri Pahang mampu atasi JDT dengan syarat...](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/02/sri_1739454972.webp)
Kuantan: Dalam bolasepak tidak ada yang mustahil boleh berlaku, Sri Pahang FC mampu lakukan kejutan keatas Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final Piala Malaysia, April depan.
Rekod cemerlang lawan mampu dipadam sekiranya barisan pemain Tok Gajah turun dengan penuh semangat dan keinginan tinggi menjulang tanpa memikirkan reputasi skuad Harimau Selatan itu.
Bekas pemain Pahang selama 11 musim (1979-1990), Datuk Yunus Alif berkata, walaupun pertemuan Sri Pahang dengan JDT dilihat tidak seimbang, namun tidak mustahil kemenangan mampu berpihak pada skuad bimbingan jurulatih, Fandi Ahmad.
Beliau yang muncul sebagai penyerang berbisa pasukan kebangsaan selama 10 tahun berkata, Sri Pahang turun sebagai pasukan ‘underdog’ yang mampu melakukan kejutan dengan syarat komitmen tinggi perlu dipamerkan semua pemain
“Pemain Sri Pahang perlu memiliki jiwa besar secara berganda selain keyakinan menebal, jangan terlalu menghormati lawan hingga menjejaskan rentak serta percaturan jurulatih sekiranya ingin menjulang Piala Malaysia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
“Rekod pencapaian Tok Gajah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 tidak terlalu buruk, prestasi yang dilakar perlu diteruskan di pentas akhir nanti,” katanya.
Yunus yang muncul pemenang Anugerah Kasut Emas pada 1984 berkata, peluang Sri Pahang untuk merangkul kejuaraan kini telah terbuka, kini terpulang pada pemain untuk diterjemahkan di atas padang Stadium Nasional Bukit Jalil, April nanti.
“Sebagai bekas pemain dan peminat setia Tok Gajah saya mendoakan kejayaan dapat berpihak pada skuad Pantai Timur itu yang tidak kurang hebat dengan barisan pemain tempatan dibantu kelibat awang import.
“Bukan mudah untuk berada di pentas final, peluang yang terhidang perlu digunakan sepenuhnya untuk mencatat kemenangan seterusnya menjulang Piala Malaysia yang menjadi rebutan pada semua pasukan yang bertanding,” katanya.
Sri Pahang mampu atasi JDT dengan syarat…
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
You must be logged in to post a comment.