Roma dan Frankfurt dikenakan denda kerana perilaku penyokong

Roma dan Frankfurt dikenakan denda kerana perilaku penyokong

Roma dan Frankfurt dikenakan denda kerana perilaku penyokong
INSIDEN pergaduhan penyokong yang berlaku pada perlawanan berkenaan. FOTO Reuters

Paris: Kesatuan Bolasepak Eropah (Uefa), mengumumkan pada bahawa AS Roma dan Eintracht Frankfurt dikenakan hukuman berikutan perilaku penyokong mereka dalam pertembungan Liga Europa bulan lalu.

Roma memastikan tempat mereka di pusingan play off selepas menang 2-0 ke atas Frankfurt di laman sendiri, manakala Frankfurt masih menempah kedudukan lapan teratas meskipun tewas.

Ketika rehat separuh masa, berlaku kekecohan di tempat duduk penyokong dengan mercun dinyalakan dan penyokong bertelagah, namun pengawal keselamatan dan polis berjaya mengawal keadaan, membolehkan perlawanan diteruskan tanpa sebarang kelewatan.

Frankfurt dikenakan denda €20,000 (RM20,826) kerana menyalakan dan membaling mercun serta gangguan orang ramai, selain denda tambahan €5,000 (RM24,550) akibat kerosakan di stadium.

Roma pula dikenakan denda €30,000 (RM147,300) dan Uefa memerintahkan penutupan sebahagian stadium mereka pada perlawanan seterusnya yang mereka akan menjadi tuan rumah dalam pertandingan kelab Uefa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?

 

Kelab Belanda, FC Twente, turut didenda €35,000 (RM171,850) dan penutupan sebahagian stadium selepas berlaku gangguan penyokong dalam kemenangan 1-0 mereka ke atas Besiktas dari Turkiye.

Roma dan Frankfurt dikenakan denda kerana perilaku penyokong

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker