Indonesia rancang bina tembok laut 700km

Indonesia rancang bina tembok laut 700km

Indonesia rancang bina tembok laut 700km
FOTO pada 12 Julai 2019 ini menunjukkan tembok laut dan masjid terbiar ditenggelami air di sepanjang pantai di utara Jakarta. FOTO fail AFP

Jakarta: Utusan Presiden Indonesia bagi Iklim dan Tenaga, Hashim Sujono Djojohadikusumo mengumumkan bahawa Presiden Prabowo Subianto memutuskan untuk membina tembok laut gergasi sepanjang 700 kilometer (km) dari Banten ke Jawa Timur, lapor agensi berita Antara.

“Presiden memutuskan untuk melaksanakan beberapa program, termasuk pembinaan tembok laut gergasi sepanjang 700 kilometer dari Banten ke Jawa Timur,” katanya pada Forum ESG Lestari 2025, Jumaat (31 Januari).

Menurut Hashim, program itu bertujuan melindungi kawasan sawah padi di pesisir utara Pulau Jawa.

Beliau turut menarik perhatian terhadap kebimbangan awam mengenai tembok laut berkenaan, khususnya ancaman kenaikan paras laut terhadap nelayan.

“Semua ini berpunca daripada perubahan iklim,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?


Beliau menjelaskan bahawa rancangan pembinaan tembok laut gergasi itu dibangunkan sejak 1994, ketika kerajaan menyedari bahaya kenaikan paras laut. Namun, projek itu masih belum direalisasikan.

Hashim menganggarkan pembinaan tembok laut gergasi itu akan mengambil masa antara 10 hingga 20 tahun.

Menurutnya, pembangunan ladang makanan di Kalimantan atau Papua tidak akan membawa manfaat sekiranya jutaan hektar sawah padi ditenggelami akibat kenaikan paras laut.

Terdahulu, Prabowo mengarahkan pasukannya mengkaji pembinaan tembok laut gergasi dari Jakarta ke Cirebon sebagai sebahagian daripada Program Strategik Nasional (PSN) 2025.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto berkata, arahan itu dibuat susulan mesyuarat dalaman yang dipengerusikan oleh presiden mengenai pembangunan zon ekonomi khas (SEZ) dan penyelesaian PSN menjelang 2024-2025.

Hartarto menjelaskan bahawa pembinaan projek tembok laut gergasi Jakarta-Cirebon itu akan disambungkan dengan benteng kawalan banjir dan pasang surut sedia ada di Tambaklorok, Semarang, Jawa Tengah.

Skim pembiayaan bagi projek tembok laut Jakarta-Cirebon akan dilaksanakan melalui skim Kerjasama Kerajaan dan Entiti Perniagaan (KPBU).

Indonesia rancang bina tembok laut 700km


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

 

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker