Tok Gajah ikat Sabah di Likas
Tok Gajah ikat Sabah di Likas
Kota Kinabalu: Sabah FC gagal mencapai misinya untuk mendapatkan bekalan selesa ke perlawanan kedua separuh akhir Piala Malaysia selepas terikat 1-1 dengan Sri Pahang FC di Stadium Likas, sebentar tadi.
Meskipun Sang Badak sudah di hadapan sepanjang 66 minit perlawanan, kelalaian pemain mengawal serangan lawan membawa padah dan akhirnya memberi kelebihan kepada Sri Pahang pada separuh masa kedua.
Sabah mendahului jaringan hasil rembatan leret Stuart John Wilkin pada minit kelapan selepas bola yang pada mulanya dapat dirampas pemain pertahanan Sri Pahang terpantul kembali ke kakinya ketika aksi mendebarkan di hadapan gawang lawan.
Cubaan pantas Stuart itu gagal dihalang penjaga gol Sri Pahang, Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin yang tidak menduga tindakan pemain tengah skuad Sang Badak itu meskipun pergerakan bola agak perlahan menuju ke penjuru kiri gawang.
Secara keseluruhan, Sri Pahang dilihat lebih menguasai perlawanan terutama pada minit akhir dan kecederaan separuh masa pertama, namun tuan rumah bernasib baik kesilapan pemain lawan menyebabkan mereka gagal membolosi gawang Sabah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?
Bersambung di babak kedua, corak permainan kelihatan berubah apabila pemain Sang Badak dilihat lebih agresif melakukan serangan bermula seawal minit ke-46 dengan misi untuk menambah jaringan.
Bagaimanapun, tuan rumah kurang bernasib baik apabila akhirnya gawang yang dipertahan habis-habisan dibolosi juga akhirnya pada minit ke-66 hasil rembatan silang kapten Sri Pahang, Kpah Sean Sherman.
Kejayaan menyamakan kedudukan 1-1 itu memberi keyakinan kepada Sri Pahang untuk mengekang tuan rumah daripada membawa kelebihan bekalan pada perlawanan kedua nanti.
Pemain Sabah juga gagal memanfaatkan kelebihan menentang Sri Pahang yang terpaksa bermain 10 orang bermula pada minit ke-70 apabila penyerangnya, Manuel Federico Hidalgo dilayangkan kad merah selepas memijak kaki Darren Lok.
Tok Gajah ikat Sabah di Likas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
You must be logged in to post a comment.