Jepun catat lebih 5,400 kematian akibat tekanan selepas bencana
Jepun catat lebih 5,400 kematian akibat tekanan selepas bencana
Tokyo: Lebih 5,400 orang di Jepun meninggal dunia dalam tempoh 30 tahun lalu akibat tekanan dan keletihan serius disebabkan oleh proses pemindahan selepas gempa bumi dan bencana alam lain, lapor Kyodo News.
Sekurang-kurangnya 5,456 kematian berkaitan bencana telah dikenal pasti sejak kerajaan tempatan mula membuat penetapan itu selepas Gempa Bumi Besar Hanshin di barat Jepun pada 17 Jan 1995, termasuk kematian yang dikaitkan dengan gempa bumi di Semenanjung Noto tahun lalu.
Kerajaan Jepun menyeru agar keadaan di pusat pemindahan diperbaiki, memandangkan ramai mangsa bencana terpaksa berhimpit di gimnasium dan tidur di atas lantai.
Dalam kejadian gempa bumi besar di Wilayah Kumamoto pada 2016 dan di Semenanjung Noto, jumlah kematian berkaitan bencana melebihi jumlah kematian secara langsung seperti akibat runtuhan bangunan.
Jumlah sebenar kematian berkaitan bencana dipercayai lebih tinggi daripada yang didaftarkan, kerana keluarga perlu memohon untuk mendapat penetapan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?
Susulan gempa bumi 2004 yang melanda Wilayah Niigata, beberapa individu yang tidur di dalam kereta dilaporkan meninggal dunia akibat trombosis vena, juga dikenali sebagai sindrom kelas ekonomi, apabila darah beku terbentuk akibat kurang bergerak untuk tempoh yang lama.
Selepas gempa bumi dan tsunami pada Mac 2011 di timur laut Jepun serta kebocoran loji nuklear Fukushima Daiichi, 3,802 kematian berkaitan bencana dilaporkan ketika ramai mangsa terpaksa berpindah dari satu pusat pemindahan ke pusat lain.
Gempa bumi di Semenanjung Noto pada Hari Tahun Baharu 2024 mencatat 276 kematian berkaitan bencana sehingga 6 Jan, melebihi 228 kematian secara langsung. Kerajaan Wilayah Ishikawa telah menerima lebih 200 permohonan untuk penetapan itu.
Antara faktor yang menyumbang kepada kematian di kawasan yang didiami ramai warga emas termasuk tempoh lama di pusat pemindahan, gangguan bekalan elektrik dan air serta kemerosotan penjagaan oleh kemudahan kebajikan dan perubatan.
Kematian berkaitan bencana juga dilaporkan selepas taufan dan banjir, termasuk 12 individu yang meninggal dunia akibat strok haba dan sebab lain selepas taufan kuat melanda Wilayah Chiba dekat Tokyo pada 2019, yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik sehingga penyaman udara tidak dapat digunakan.
Jepun catat lebih 5,400 kematian akibat tekanan selepas bencana
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
You must be logged in to post a comment.