Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?

Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang

Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?

 

Buat salah, dengan muka sedih minta maaf.

Di heret ke mahkamah, tetapi terlepas dari sebarang hukuman.

Penulis tidak ada niat untuk mempertikaikan keputusan mahkamah.

Kerana ada banyak sebab mengapa Orang Kena Tuduh (OKT) boleh terlepas dari disabitkan kesalahan, biar pun kesalahan yang dilakukan sangat nyata.

Tetapi itulah yang terjadi kepada pengurusan KK Mart.

Apabila tidak ada tindakan dikenakan, maka sudah pasti tidak ada sebarang kekesalan atau pengajaran yang diambil dari kesalahan yang dilakukan, sama ianya disengajakan atau pun tidak.

Luka di hati masyarakat Islam di Malaysia masih lagi berdarah dengan isu stokin yang secara jelas dicetak dengan kalimah Allah.

Kalimah yang paling suci pada masyarakat Islam dicetak pada stokin yang disarung di kaki!!!

Ianya ibarat mereka memijak kalimah Allah dengan kaki mereka.

Sudah pasti kemarahan masyarakat Islam di negara ini membuak-buak.

Tetapi pengurusan KK Mart bernasib baik kerana masyarakat Islam di negara kita amat menghormati undang-undang.

Setiap tindakan adalah berlandaskan kepada Kedaulatan Undang Undang dan bukannya emosi.

Bukan Kali Pertama

 

Kini sekali lagi pengurusan KK Mart mengundang kemarahan masyarakat Islam di negara kita.

Kali ini dengan produk ham cheese yang dijual di pasaraya KK Mart.

Lebih mengejutkan apabila logo halal JAKIM yang digunakan adalah logo yang tidak sah atau lebih tepat lagi logo palsu.

Apabila isu ini tular, pengurusan KK Mart dengan segera mengumumkan telah menggantung semua urusan dengan pembekal sandwich berkenaan.

Persoalan yang timbul di sini adalah, apakah pengurusan KK Mart tidak menyediakan unit atau jabatan untuk menentukan taraf sah atau tidak logo JAKIM yang digunakan?

Atau sekurang-kurangnya menyemak dahulu dengan JAKIM tentang status logo halal JAKIM yang digunakan oleh pembekal mereka?

Lebih pelik lagi, dalam puluhan ribu atau ratusan ribu perkataan yang ada, mengapa perkataan ham yang menjadi pilihan?

Bukankah maksud perkataan ham itu adalah daging peha babi!!!

Lepas ini, kalau ada yang hendak jual dadah atau air ketum, bolehlah dihantar ke pasaraya KK Mart.

Dengan syarat, mesti gunakan logo halal yang palsu!!!

Pasti laris…

 

Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker