Nahas pesawat Jeju Air: Polis serbu Lapangan Terbang Muan hari kedua
Nahas pesawat Jeju Air: Polis serbu Lapangan Terbang Muan hari kedua
MUAN, Korea Selatan: Polis Korea Selatan menyerbu Lapangan Terbang Antarabangsa Muan untuk hari kedua berturut-turut susulan nahas pesawat syarikat penerbangan itu yang mengorbankan 179 nyawa.
Agensi Berita Yonhap melaporkan polis Wilayah Jeonnam menjalankan operasi geledah dan rampas di pejabat lapangan terbang di barat daya Korea Selatan awal pagi semalam untuk mendapatkan bahan berkaitan nahas pesawat itu.
Kelmarin, polis turut menghantar kira-kira 30 penyiasat untuk menggeledah pejabat Jeju Air di Seoul dan pejabat Muan di Pejabat Wilayah Penerbangan Busan pada 9 pagi, sebelum operasi itu selesai pada 2 petang dan 7 malam hari yang sama.
Polis sedang mendapatkan bukti berkaitan kesahihan “localiser” lapangan terbang, dinding konkrit yang menempatkan susunan antena berhampiran landasan, serta rekod komunikasi antara menara kawalan dan juruterbang sejurus sebelum nahas berlaku.
Mereka juga sedang berusaha mendapatkan rakaman kamera pengawasan berhampiran landasan, selain rekod berkaitan operasi dan penyelenggaraan pesawat berkenaan.
Waran geledah dikeluarkan atas dakwaan kecuaian profesional yang mengakibatkan kematian, menurut pegawai.
Nahas pesawat Jeju Air: Polis serbu Lapangan Terbang Muan hari kedua
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.