Kes tembkan rambang di Montenegro ragut 10 nyawa

Kes tembkan rambang di Montenegro ragut 10 nyawa

Kes tembkan rambang di Montenegro ragut 10 nyawa
Polis dan anggota keselamatan berkawal di jalan di hadapan sebuah trak bomba di lokasi jenayah, tempat seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah restoran dan membunuh beberapa orang di Cetinje, Montenegro. – Foto REUTERS

Cetinje: Polis di Montenegro melancarkan operasi memburu selepas seorang lelaki bersenjata menembak mati sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk dua kanak-kanak, dalam kes amukan yang bermula di sebuah restoran kampung berhampiran bandar selatan Cetinje.

Suspek telah ‘meragut nyawa sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk dua kanak-kanak’, kata Menteri Dalam Negeri, Danilo Saranovic, kepada wartawan.

Dua kanak-kanak yang terbunuh adalah anak pemilik restoran berkenaan, yang turut maut dalam kejadian tersebut, tambahnya penembak juga dilaporkan telah ‘membunuh ahli keluarganya sendiri’.

“Tragedi dahsyat ini telah menggemparkan kita semua di Cetinje, khususnya di kampung Bajice berhampiran Cetinje,” kata Perdana Menteri Milojko Spajic kepada stesen penyiaran RTCG.

Empat mangsa yang cedera parah dalam serangan itu sedang bertarung nyawa di hospital di ibu negara, Podgorica, menurut Perdana Menteri Spajic.


Kerajaan turut mengisytiharkan tempoh berkabung negara selama tiga hari bermula Khamis.

“Semua pasukan polis, unit khas, dan anggota yang tersedia telah dikerahkan ke Cetinje. Kami sedang memburu suspek dan berada di landasan yang betul,” kata Spajic.

Kes tembkan rambang di Montenegro ragut 10 nyawa
Pekerja mengusung mayat selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan dan membunuh beberapa orang di sebuah restoran di Cetinje, Montenegro. – Foto REUTERS

Pada awalnya, polis melaporkan bahawa kejadian berlaku di sebuah restoran di kampung Bajice. Namun, Ketua Polis Lazar Scepanovic kemudian memaklumkan bahawa mangsa dibunuh di empat lokasi berasingan.

Suspek dipercayai telah ‘meminum minuman beralkohol sepanjang hari’ sebelum tercetus pertengkaran antara dia dan seorang tetamu lain, kata Scepanovic.

Dia kemudian ‘pulang ke rumah, mengambil senjata api, dan menembak mati empat orang di satu lokasi’.

Kes tembkan rambang di Montenegro ragut 10 nyawa
Seorang juruteknik forensik bercakap di telefon di sebuah jalan berhampiran lokasi kejadian di mana seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah restoran dan membunuh beberapa orang di Cetinje, Montenegro, 1 Januari 2025. – Foto REUTERS

Dalam kenyataan terdahulu, polis mengenal pasti penembak sebagai ‘A.M., 45’, dan menolak kemungkinan kejadian itu berkaitan dengan ‘konflik antara kumpulan jenayah terancang’, yang disahkan Spajic dalam ucapannya di RTCG.

“Ia hanyalah pergaduhan di restoran yang melibatkan senjata api dan kemudian bertukar menjadi kes ganas, yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Beliau turut mengumumkan rancangan untuk memperketatkan syarat pemilikan senjata api di negara itu.

“Tragedi ini memaksa kita menilai semula siapa yang sepatutnya dibenarkan memiliki senjata api di Montenegro,” tambah Spajic. – AFP

Kes tembkan rambang di Montenegro ragut 10 nyawa

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker