‘Semboyan telah dibunyikan, kita jumpa 6 Januari’ – Muhamad Akmal
Oleh – Syeikh Baran
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyeru seluruh ahli pergerakan itu hadir himpunan di Istana Kehakiman di Putrajaya pada 6 Januari depan.
Menurut beliau, perhimpunan itu bagi menunjukkan solidariti Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga mantan Presiden UMNO.
“Kepada semua seluruh pemuda UMNO tidak kira di mana anda berada, semboyan telah dibunyikan untuk kita sama-sama turun pada 6 Januari ini di Istana Kehakiman Putrajaya untuk menunjukkan solidariti.
“Jadi semboyan telah dibunyikan kau orang tunggu apa lagi. Kita jumpa 6 haribulan,” katanya menerusi satu rakaman video di media sosial hari ini.
Seruan itu dibuat disebalik kritikan kuat terhadap beliau berikutan tindakannya membandingkan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2018 dengan dakwaan Titah Adendum untuk Najib
Sumber – KOSMO! ONLINE
You must be logged in to post a comment.