PU Azman dipenjara 6 tahun, 1 sebatan
Oleh – Syeikh Baran
Bekas pendakwah selebriti Azman Syah Alias dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap satu lagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja lelaki 17 tahun, tujuh tahun lalu.
Hakim Rasyihah Ghazali memerintahkan Azman Syah, 43, atau lebih dikenali sebagai PU Azman itu menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula hari ini.
Azman Syah juga dikehendaki menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman penjara.
Pada prosiding sama, mahkamah turut memutuskan pertuduhan kedua yang dihadapi pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku Musim Ketiga’ itu sebagai ‘Take Into Consideration’ (TIC) mengikut 171A Kanun Tatacara Jenayah.
Mahkamah memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi pada awal bulan ini, yang dikemukakan pihak pembelaan mewakili Azman Syah pada Oktober lalu.
Sumber – HARIAN METRO
You must be logged in to post a comment.