Oday mahu tamatkan kontrak dengan KDN FC?
Oday mahu tamatkan kontrak dengan KDN FC?
Kota Bharu: Pemain import Palestin, Oday Kharoub dikatakan berhasrat mahu menamatkan kontrak lebih awal dengan pasukan Kelantan Darul Naim (KDN) FC.
Oday, 31, dikatakan bertindak demikian berikutan masalah gaji dan layanan buruk diterima pemain.
Berita ini dikongsikan dalam laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.
Dalam penulisan itu, Oday yang juga kapten pasukan mendakwa sudah empat bulan tidak dibayar gaji yang menyebabkan dia kecewa dan berhasrat mencari peluang bermain di tempat lain.
“Tiada ada rasa hormat, panggilan telefon tidak dibalas, tiada latihan di stadium kerana tidak membayar sewa padang latihan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
“Saya ada menerima tawaran daripada Andeh di Thailand, Indonesia dan Qatar, saya akan tamatkan kontrak,” kata kenyataan Oday dalam penulisan yang disebarkan itu.
Pemain tengah itu dikatakan turut meluahkan rasa kesal kerana hasrat bermain dengan skuad Kijang Hijau adalah untuk menghantar wang kepada keluarga yang menderita akibat perang.
Bagaimanapun, media masih berusaha mendapatkan pengesahan dan kenyataan sebenar daripada pemain Palestin itu.
Pihak KDN FC pula ketika dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung isu itu.
Oday mahu tamatkan kontrak dengan KDN FC?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya
- Jihad Membela Fitnah PAS
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?
You must be logged in to post a comment.