Pembangkang desak Presiden Yoon supaya berundur

Pembangkang desak Presiden Yoon supaya berundur

Pembangkang desak Presiden Yoon supaya berundur
YOON Suk Yeol. FOTO fail Pejabat Presiden/ Reuters

Seoul: Parti Demokratik (DP), parti pembangkang utama Korea Selatan pada Rabu menuntut supaya Presiden Yoon Suk Yeol segera meletakkan jawatan selepas pengisytiharan mengejut undang-undang tentera yang dimansuhkan sejurus selepas Dewan Negara menolak pengisytiharan itu.

Dalam mesyuarat tergempar ahli-ahli Parlimen parti itu di Dewan Negara, DP mengumumkan bahawa mereka akan segera memulakan proses untuk memecat Yoon sekiranya beliau tidak meletak jawatan secara sukarela, lapor Agensi Berita Yonhap.

“Pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon, jelas satu pelanggaran terhadap Perlembagaan,” kata DP dalam resolusinya, yang menegaskan bahawa Yoon gagal mematuhi mana-mana syarat yang diperlukan untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.

“Ini adalah satu tindakan pemberontakan yang serius dan alasan yang sempurna untuk pemecatan,” menurut DP.

Sementara itu, beberapa penasihat kanan Yoon termasuk Ketua Turus Presiden, menawarkan diri untuk meletakkan jawatan secara serentak pada Rabu, Yonhap memetik pejabat presiden.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PPBM Perlis Terus Di Perkotak Katik PAS


Mereka termasuk Ketua Turus Presiden Chung Jin-suk; Penasihat Keselamatan Negara, Shin Won-sik dan Ketua Turus bagi dasar Sung Tae-yoon; serta tujuh penasihat kanan yang lain.

Yoon sepatutnya mempengerusikan mesyuarat mengenai respons terhadap dadah di pejabat presiden pada 10 pagi (waktu tempatan) tetapi ditangguhkan, lapor Yonhap memetik seorang pegawai kanan presiden tanpa memberikan butiran lanjut.

Keputusan itu dibuat selepas Yoon memansuhkan undang-undang tentera yang diumumkannya secara mengejut pada awal Rabu, enam jam selepas pengisytiharan itu, dengan menuduh pembangkang “melumpuhkan” kerajaan dengan “aktiviti antinegara.”

Pembangkang desak Presiden Yoon supaya berundur

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zeti Dan Taufiq Ayman ‘Di Londehkan’ Dalam Mahkamah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker