Bing Kun-Lo Ee singkir pilihan pertama
Bing Kun-Lo Ee singkir pilihan pertama
Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Loo Bing Kun-Ho Lo Ee mencipta sensasi apabila menyingkirkan pilihan pertama yang juga wakil tuan rumah, B Sumeeth Reddy-Sikki Reddy untuk melangkah ke suku akhir badminton Antarabangsa India Syed Modi di Lucknow, hari ini.
Pasangan ranking ke-102 dunia itu menampilkan aksi terpuji untuk melakar kemenangan 21-19, 16-21, 21-13 dalam tempoh 50 minit ke atas lawan yang berada di ranking ke-33 pada aksi pusingan kedua kejohanan bertaraf Super 300 berkenaan.
Mereka seterusnya akan berdepan satu lagi wakil tuan rumah yang juga pilihan kelima, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto bagi perebutan tiket ke separuh akhir, esok.
Sementara itu, pemain perseorangan lelaki negara, Justin Hoh ditunjukkan jalan keluar di pusingan kedua selepas tewas kepada pemain India, Shetty Ayush 12-21, 19-21.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan
Turut berdepan nasib serupa adalah pemain perseorangan lelaki profesional negara, Cheam June Wei apabila tewas kepada pemain Singapura, Jason Teh 17-21, 11-21.
Dalam saingan beregu lelaki, pasangan muda negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai melangkah ke suku akhir selepas menewaskan pasangan Taiwan, Lu Chen-Po Li Wei dalam pertarungan tiga set, 21-16, 13-21, 21-14.
Juara remaja dunia itu akan berdepan pasangan India, Ishaan Bhatnagar-Sankar Prasad Udayakumar pada aksi suku akhir, esok.
Dalam acara beregu wanita, cabaran negara diteruskan Go Pei Kee-Teo Mei Xing yang mara ke suku akhir selepas mengalahkan pasangan India, Gayatri Rawat-Mansa Rawat 21-7, 21-14.
Bing Kun-Lo Ee singkir pilihan pertama
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.