Enjin pesawat penumpang Rusia terbakar ketika mendarat
Enjin pesawat penumpang Rusia terbakar ketika mendarat
Moscow: Lebih 90 penumpang dan anak kapal dipindahkan dari sebuah pesawat Rusia pada Ahad selepas salah satu enjinnya terbakar ketika ia mendarat di lapangan terbang di selatan Turkiye, lapor kementerian pengangkutan.
Insiden itu membabitkan pesawat Sukhoi Superjet 100 (SU95) yang dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan Azimuth Rusia.
Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan memaklumkan, pesawat itu baru mendarat di lapangan terbang Antalya ketika kebakaran pada salah satu enjinnya.
“Sebuah pesawat Azimuth Airlines jenis SU95 dengan nombor pendaftaran RA89085 yang dalam perjalanan dari lapangan terbang Sochi di Rusia ke lapangan terbang Antalya mengalami kebakaran enjin ketika mendarat.
“Seramai 89 penumpang dan enam anak kapal selamat dipindahkan pada 9.43 malam dan tiada kecederaan,” katanya.
Semua pendaratan yang dijadualkan di lapangan terbang berkenaan kemudian dibatalkan sehingga 3 pagi.
Pesawat lain pula menggunakan landasan tentera lapangan terbang untuk berlepas.
Seorang pegawai lapangan terbang memberitahu agensi berita negara Agensi Anadolou bahawa kebakaran menjejaskan enjin kiri pesawat tetapi ia dipadamkan dengan cepat.
Enjin pesawat penumpang Rusia terbakar ketika mendarat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
- Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
You must be logged in to post a comment.