Misi pulihkan kegemilangan United
Misi pulihkan kegemilangan United
Manchester: Ruben Amorim akan membuat penampilan pertama sebagai pengurus Manchester United dalam perlawanan menentang Ipswich awal pagi Isnin.
Dengan reputasi sebagai salah seorang jurulatih muda paling cemerlang di Eropah, Amorim memikul tanggungjawab besar untuk menghidupkan semula kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Pelantikan Amorim menjadikan beliau pengurus keenam yang dilantik secara tetap sejak persaraan legenda, Alex Ferguson, pada 2013.
Namun, sejak itu, United gagal bersaing di peringkat domestik mahupun Liga Juara-Juara dan kini menduduki tangga ke-13 liga.
Walaupun Erik ten Hag berjaya meraih dua trofi dalam dua musim penuh, kekurangan gaya permainan yang jelas serta kebergantungan pada kehebatan individu pemain menjadi antara punca pemecatannya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
Amorim, yang terkenal dengan corak permainan menyerang dan bertenaga semasa di Sporting Lisbon, perlu membentuk falsafah serupa di United.
Beliau membawa Sporting keluar daripada bayangan Benfica dan Porto dengan meraih dua kejuaraan liga selepas 19 tahun kemarau trofi.
Pendekatan agresif dan keyakinannya terhadap sistem permainan tertentu menjadi asas kejayaan itu.
“Sebagai jurulatih, anda perlu membuat pilihan. Saya selalu memilih 100 peratus cara kita sendiri. Saya percaya pada cara kami bermain, dan mereka juga akan percaya,” kata Amorim semasa sidang media pertamanya.
Amorim menghadapi jadual mencabar dengan 12 perlawanan dalam tempoh kurang daripada dua bulan, dari 24 November hingga 5 Januari.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
Masa untuk berlatih dan memperkenalkan falsafah baharu akan sangat terhad.
Dengan visi yang jelas dan keberanian untuk mengambil risiko, Amorim diharapkan mampu mengembalikan era kegemilangan United.
Namun, perjalanan itu tidak akan mudah, dengan prestasi pasukan yang goyah dan tekanan yang tinggi dari penyokong serta pengurusan.
Perlawanan menentang Ipswich akan menjadi ujian pertama sejauh mana Amorim mampu membawa perubahan di Old Trafford.
Misi pulihkan kegemilangan United
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.