Lima pegawai terlibat pemalsuan dokumen Perkeso dipindahkan – Dzulkefly

Oleh – Syeikh Baran

Lima pegawai terlibat pemalsuan dokumen Perkeso dipindahkan – Dzulkefly

Kementerian Kesihatan mengambil tindakan memindahkan lima pegawai yang terlibat dalam isu kartel pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ke hospital lain.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bagaimanapun berkata, langkah itu hanyalah bersifat sementara bagi mendapatkan hasil siasatan dan pertuduhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, tindakan itu diambil mengikut di bawah peruntukan Peraturan 43, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berkuat kuasa 17 September 2024.

“Tempoh tahan kerja selama 30 hari bagi memudah cara urusan siasatan dan tempoh tahan kerja sudah berakhir pada 16 Oktober lalu.

“Pada masa ini, pegawai terbabit kembali bertugas, namun dipindahkan ke hospital lain sementara menunggu hasil siasatan dan pertuduhan SPRM,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang bertanyakan tentang tindakan lanjut oleh KKM terhadap pegawai yang ditahan SPRM kerana terbabit skandal kartel memalsukan tuntutan hilang upaya Perkeso.

Sumber – KOSMO! ONLINE

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker