Pahang juara Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Malaysia
Pahang juara Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Malaysia
Kuantan: Pahang muncul juara Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Malaysia Kali Ke-11 selepas menewaskan Terengganu 2-1 di final di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) Satu, baru-baru ini.
Kejayaan itu membolehkan Pahang membawa pulang piala pusingan Sultan Haji Ahmad Shah, piala iringan dan wang tunai RM2,000, manakala Terengganu menerima wang tunai RM1,000.
Pasukan Pahang yang dikendalikan Persatuan Sukan Orang Pekak Pahang (PhSDeaf) melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara baharu pada kejohanan kali ini dan merampas piala pusingan Sultan Haji Ahmad Shah daripada Kelantan yang hadir sebagai juara bertahan.
Kelantan sekadar menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Selangor 9-0.
Presiden PhSDeaf, Mohamad Hoe Abdullah bersyukur di atas pencapaian pasukan itu terutama mencatat kemenangan dan bergelar juara di laman sendiri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
-
Jangan Politikkan Pemergian Daim Zainuddin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET