Liek Hou sasar penamat gemilang
Liek Hou sasar penamat gemilang
Kuala Lumpur: Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou mahu menoktahkan tahun ini dengan kejayaan gemilang apabila mahu merangkul gelaran ketujuhnya di kejohanan Antarabangsa Bahrain dari 11 hingga 15 Disember ini.
Ia kejohanan terakhir buat Liek Hou selepas kejayaan mempertahankan emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 yang lalu.
Justeru dia mahu menamatkan kalendar tahun ini dengan kejayaan luar biasa.”Saya memang harap saya dapat lakukan yang terbaik untuk kejohanan terakhir di Bahrain sebab tahun ini saya sertai enam kejohanan dan keenam-enam itu saya dapat jadi juara.
“Jadi saya mahu juara sekali lagi. Saya mahu tutup tahun ini dengan kemenangan sebelum mula fokus baharu tahun depan,” katanya yang beraksi dalam kategori lelaki SU5 (kecacatan fizikal).
Mengulas mengenai sama ada Sukan Paralimpik Los Angeles 2028 (LA28) berada dalam perancangannya, Liek Hou yang berusia 36 tahun tidak mahu memikirkan perkara itu kerana ia masih jauh.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
“LA masih jauh. Saya tidak rancang dulu sebabnya saya bukan muda lagi. Jika fikirkan ketika LA saya sudah 40 tahun, saya tak tahu saya masih sanggup bertanding atau tidak.
“Saya juga tidak tahu kondisi saya waktu itu macam mana, jadi apa yang saya fokus adalah tahun depan. Saya mahu beraksi di Sukan Para Asia di Nagoya, Jepun dulu,” katanya.
Tegasnya, persaingan ketika itu juga pastinya akan meningkat kerana pemain lawan rata-rata masih muda dan mereka pasti mempunyai kelebihan dari segi kelajuan dan kekuatan fizikal berbanding dirinya.
“Sekarang ini, persaingan semakin sengit terutama mereka yang beraksi di level pertama dan pemain yang berada dalam kelompok 12 terbaik.
“Sebab mereka masih muda. Mereka ada kelebihan dan kekuatan daripada saya. Jadi saya sangat fokus kepada lawan yang berada di dalam kelompok atas,” katanya.
Liek Hou mengulas perkara itu selepas menghadiri majlis perasmian cawangan Souper Tang di sini semalam dan turut berkongsi pandangan berharganya mengenai disiplin, ketabahan dan dedikasi yang diperlukan untuk mencapai kejayaan berterusan dalam sukan dan kehidupan seharian dengan mengamalkan gaya pemakanan lebih sihat.
Liek Hou sasar penamat gemilang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET