Jam saku diberikan kepada kapten bot selamatkan penumpang Titanic dijual RM8.81 juta

Jam saku diberikan kepada kapten bot selamatkan penumpang Titanic dijual RM8.81 juta

Jam saku diberikan kepada kapten bot selamatkan penumpang Titanic dijual RM8.81 juta
PAMERAN Titanic XXL di Paris Expo Porte de Versailles, Paris pada 18 Julai 2023 (gambar fail, sekadar hiasan). FOTO AFP

London: Sebuah jam saku emas yang diberikan kepada kapten bot yang menyelamatkan lebih 700 penumpang kapal Titanic telah dijual pada harga £1.56 juta (RM8.81 juta), lapor PA Media/dpa.

Ia adalah jumlah tertinggi yang pernah dibayar untuk memorabilia Titanic, menurut rumah lelongan Henry Aldridge and Son, dari Devizes, Wiltshire, pada Sabtu dan ia dibeli oleh seorang pengumpul persendirian dari Amerika Syarikat.

Rekod sebelum ini dicatatkan pada April apabila satu lagi jam poket emas, yang ditemukan daripada mayat lelaki terkaya di kapal Titanic, John Jacob Astor, dijual pada harga £1.175 juta (RM6.66 juta) di rumah lelong yang sama.



Jumlah jualan itu termasuk yuran dan cukai yang dibayar oleh pembeli, menurut pelelong.

Astor berusia 47 tahun ketika dia tenggelam dengan kapal itu pada 1912, selepas melihat isteri baharunya Madeleine menaiki bot penyelamat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hakim Sekolahkan Badan Peguam Malaysia




Jam saku yang dijual pada Sabtu diberikan kepada Kapten Rostron oleh Puan Astor dan dua balu lain ahli perniagaan berprofil tinggi dan kaya, yang juga hilang apabila kapal itu tenggelam.

Jam saku 18 karat keluaran Tiffany & Co itu mempunyai catatan, “Disampaikan kepada Kapten Rostron dengan rasa terima kasih dan penghargaan yang tulus daripada tiga orang yang terselamat daripada Titanic 15 April 1912 Puan John B Thayer, Puan John Jacob Astor dan Puan George D Widener.”

Kapten Rostron menerima hadiah daripada isteri Astor ketika makan tengah hari di rumah agam keluarga itu di Fifth Avenue, New York, menurut rumah lelong.

Pelelong Andrew Aldridge berkata: “Ia disampaikan terutamanya sebagai rasa terima kasih atas keberanian Rostron dalam menyelamatkan nyawa mereka, kerana tanpa Rostron, 700 orang itu tidak akan selamat.”



Aldridge berkata, jualan itu menunjukkan “daya tarikan yang berkekalan” terhadap kisah Titanic.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib


Beliau berkata, “Bagi ahli sejarah, mereka berminat dengan perincian Titanic, seperti panjang kapal yang 882 kaki dan beratnya 46,000 tan.”



“Bagi pengumpul, ia lebih berkait dengan kisah individu di dalam kapal itu. Setiap lelaki, wanita, dan kanak-kanak mempunyai cerita mereka sendiri, dan cerita itu terus diceritakan lebih seratus tahun kemudian melalui barangan memorabilia.”

Biola yang dimainkan ketika kapal itu karam memegang rekod untuk jumlah tertinggi yang dibayar bagi artifak Titanic selama 11 tahun, selepas dijual dengan harga £1.1 juta (RM6.21 juta) pada 2013, kata pelelong itu.

Aldridge berkata hakikat bahawa rekod itu telah dipecahkan dua kali pada tahun lepas menunjukkan bahawa terdapat “penurunan bekalan dan peningkatan permintaan” untuk barangan memorabilia Titanic.

Harga bagi artifak itu meningkat “dengan mendadak,” tambah beliau.



Jam saku diberikan kepada kapten bot selamatkan penumpang Titanic dijual RM8.81 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker