Stephen King, Don Lemon tinggalkan X
Stephen King, Don Lemon tinggalkan X
Istanbul: Akaun terkenal dengan pengikut yang ramai di X telah meninggalkan platform itu selepas Donald Trump “dipilih” sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) untuk penggal kedua, menurut Agensi Anadolu.
Menurut laporan itu, keputusan untuk meninggalkan X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, sebahagian besarnya didorong oleh kebimbangan terhadap hubungan rapat pemiliknya, Elon Musk dengan presiden terpilih Trump.
Bekas penyampai CNN Don Lemon berkata beliau meninggalkan X kerana ia tidak lagi memenuhi ‘tujuan’ kebebasan bersuara.
Dalam video yang dimuat naik di X, Lemon berkata: “Saya pernah percaya bahawa platform ini adalah ruang untuk perdebatan yang jujur, perbincangan, ketelusan dan kebebasan bersuara.
“Tetapi saya kini merasakan ia tidak lagi memenuhi tujuan itu,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
Penulis novel terkemuka AS, Stephen King turut mengumumkan beliau meninggalkan platform media sosial itu, memetik persekitarannya yang ‘toksik’.
“Saya meninggalkan Twitter. Cuba untuk kekal tetapi suasananya menjadi terlalu toksik.
“Ikuti saya di Threads, jika anda mahu,” tulisnya di X, merujuk kepada pesaing platform media sosial itu.
Akhbar harian Britain The Guardian juga mengumumkan bahawa ia akan berhenti memuat naik hantaran di X.
Dalam satu kenyataan, akhbar harian itu menekankan kebimbangannya terhadap peningkatan unsur negatif dan ekstremisme yang terdapat pada platform itu, yang dirasakan kini melebihi faedah yang pernah ditawarkan sebagai alat untuk berkongsi kewartawanan dan melibatkan diri dengan khalayak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi
- Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib
- Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
The Guardian memetik peningkatan kandungan berbahaya di X, termasuk teori konspirasi sayap kanan dan contoh perkauman, sebagai faktor yang mendorong keputusannya untuk meninggalkan platform itu.
“X kini memainkan peranan yang semakin berkurangan dalam mempromosikan kerja kami,” tambahnya, sambil menyatakan bahawa sumbernya akan lebih berkesan digunakan di platform lain.
Kelab bola sepak Jerman, St. Pauli turut meninggalkan X akibat peningkatan ucapan kebencian dan maklumat salah, yang dikatakan boleh mengancam pilihan raya awal akan datang di negara itu.
Mengumumkan keputusannya, kelab itu mengkritik Musk kerana mengubah platform itu menjadi “mesin kebencian” sejak mengambil alih pada 2022.
“Perkauman dan teori konspirasi tersebar tanpa kawalan dan malah dipromosikan,” kata St. Pauli.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Fahamkah Pemimpin UMNO Dengan Sindiran Najib?
- Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama?
“Penghinaan dan ugutan sebahagian besarnya tidak dihukum, atas nama kebebasan bersuara.
“Centre for Countering Digital Hate”, sebuah badan pemerhati ucapan kebencian yang berpangkalan di London turut menyatakan akan meninggalkan X, memetik kebimbangan bahawa perubahan terma perkhidmatan boleh melemahkan kedudukannya dalam pertikaian undang-undang.
Secara khusus, Musk sedang mengubah terma berkenaan untuk mewajibkan sebarang tuntutan undang-undang terhadap platform itu difailkan di Texas, di mana X kini beribu pejabat.
“Elon Musk telah mengubah ruang yang dahulunya dianggap dataran awam berpengaruh kepada ruang berbahaya yang dipenuhi kebencian, teori konspirasi, dan pembohongan mempunyai akses istimewa kepada megafon,” kata pusat itu di blognya.
Pada Jun 2023, pusat itu mengeluarkan laporan yang mendakwa X telah gagal menangani ucapan kebencian di platformnya.
Sebagai tindak balas, X mengancam tindakan undang-undang terhadap badan pemerhati itu, menuduhnya membuat “dakwaan yang menyusahkan dan tidak berasas” yang bertujuan merosakkan reputasi platform media sosial itu dan perniagaan pengiklanan digitalnya.
Stephen King, Don Lemon tinggalkan X
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET