Batu karang terbesar di dunia dijumpai di Lautan Pasifik Barat Selatan

Batu karang terbesar di dunia dijumpai di Lautan Pasifik Barat Selatan

Batu karang terbesar di dunia dijumpai di Lautan Pasifik Barat Selatan
Batu karang terbesar di dunia dijumpai di Lautan Pasifik Barat Selatan. FOTO AFP

Sydney: Para saintis menjumpai batu karang terbesar di dunia di Lautan Pasifik Barat Selatan, lapor Agensi Berita Xinhua.

Batu karang itu berukuran 34 meter lebar, 32 meter panjang dan setinggi 5.5 meter ditemukan di gugusan pulau Three Sisters di Kepulauan Solomon oleh saintis marin daripada pasukan Pristine Seas National Geographic.

Batu karang itu terdiri daripada rangkaian hampir 1 bilion polyps, iaitu organisma kecil—berusia antara 300 hingga 500 tahun, menurut para penyelidik.



Explorer in Residence di National Geographic, Enric Sala menyifatkan penemuan itu sebagai pencapaian saintifik yang penting.

Pasukan penyelidik berkata batu karang itu dalam keadaan terpelihara, namun memberi amaran bahawa ia boleh terdedah kepada ancaman pemanasan global.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hakim Sekolahkan Badan Peguam Malaysia




“Terdapat alasan untuk bimbang. Meskipun berada di lokasi yang terpencil, batu karang ini tidak terlepas daripada bahaya pemanasan global dan ancaman lain yang disebabkan manusia,” kata Sala.

Pada awalnya, ahli pasukan menyangka batu karang itu merupakan bangkai kapal.

Jurugambar bawah laut yang turut serta dalam ekspedisi, Manu San Felix menyelam lebih 12 meter untuk meneliti dengan lebih dekat dan mengenal pasti struktur itu sebagai batu karang daripada spesies Pavona clavus.

Pemeriksaan lanjut mendapati bahawa batu karang itu berfungsi sebagai habitat, kawasan perlindungan dan pembiakan untuk beberapa spesies hidupan laut.



Perdana Menteri Kepulauan Solomon, Jeremiah Manele berkata penemuan ini menekankan kepentingan melindungi dan memelihara terumbu karang untuk generasi akan datang.

Batu karang terbesar di dunia dijumpai di Lautan Pasifik Barat Selatan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker