Tumbuk pengadil, bekas presiden kelab Turkiye dipenjara empat tahun

Tumbuk pengadil, bekas presiden kelab Turkiye dipenjara empat tahun

Tumbuk pengadil, bekas presiden kelab Turkiye dipenjara empat tahun
KOCA menumbuk Meler sehingga pengadil itu rebah dan disepak. -FOTO AFP

Ankara: Bekas presiden kelab bola sepak Ankaragucu dari Turkiye, Faruk Koca, dijatuhi hukuman hampir empat tahun penjara kerana kesalahan menyerang pengadil, Halil Umut Meler akhir tahun lalu.

Koca terbabit dalam salah satu skandal terbesar sejarah bola sepak Turkiye apabila beliau masuk ke padang dan memukul Meler di muka, menyebabkan pengadil itu pengsan selepas perlawanan antara Ankaragucu dan Rizespor berakhir yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Selepas insiden itu, Persekutuan Bola Sepak Turkiye menangguhkan semua perlawanan liga dan Koca diharamkan daripada terbabit dalam bola sepak seumur hidup. Pejabat pendakwa Turkiye membuka kes jenayah terhadapnya kerana memukul pengadil.

Selain daripada mencederakan Meler, bekas presiden Ankaragucu itu juga mengancam untuk “membunuhnya”.

Semalam, mahkamah Turkiye membuat keputusan dalam kes terhadap Faruk Koca dan menjatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun, 7 bulan dan 22 hari. Selain daripada hukuman itu Koca turut dikenakan hukuman penjara untuk dua tuduhan lain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib


Kerana “ancaman” terhadap pengadil, bekas presiden Ankaragucu itu dijatuhi hukuman penjara yang ditangguhkan selama enam bulan dan 20 hari.

Manakala bagi kesalahan melanggar undang-undang pencegahan keganasan dalam sukan, Koca dijatuhi hukuman penjara yang selama lima bulan.

Tumbuk pengadil, bekas presiden kelab Turkiye dipenjara empat tahun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker