Polis Singapura tingkat rondaan di rumah ibadat susulan insiden paderi ditikam
Polis Singapura tingkat rondaan di rumah ibadat susulan insiden paderi ditikam
Singapura: Polis Singapura telah meningkatkan rondaan di rumah ibadat bagi memberi jaminan kepada orang ramai susulan kejadian tikaman seorang paderi di Gereja St Joseph di Bukit Timah pada hari Sabtu.
Kementerian Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan pada Ahad berkata polis juga sedang berhubung dengan Gereja St Joseph untuk menawarkan sokongan dan sumber, termasuk bantuan psikologi profesional untuk jemaah, termasuk kanak-kanak yang menyaksikan serangan itu.
Dalam insiden itu, Christopher Lee, 57, seorang paderi di Gereja St Joseph diserang oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau semasa meraikan upacara misa pada 5.30 petang.
Senjata yang digunakan suspek, 37, yang mempunyai rekod jenayah lampau mencederakan orang dan kesalahan berkaitan dadah berjaya dirampas dua anggota jemaah dan suspek kemudiannya ditahan oleh pegawai polis.
MHA berkata suspek dipercayai bertindak bersendirian, dan setakat ini tiada bukti yang menunjukkan bahawa serangan itu bermotifkan agama atau merupakan tindakan keganasan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama?
- Fahamkah Pemimpin UMNO Dengan Sindiran Najib?
“Suspek akan didakwa pada Isnin kerana sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya, dan Polis akan mendapatkan perintah mahkamah agar suspek direman untuk penilaian psikiatri,” tambah MHA.
Kementerian itu juga menggesa orang ramai untuk mengelakkan sebarang spekulasi sementara siasatan sedang dijalankan.
Sementara itu, Uskup Agung Singapura, Kardinal William Goh, dalam surat pastoralnya pada Ahad, berkata Gereja akan menyemak semula protokol keselamatan sedia ada di parokhinya sebagai respons terhadap insiden berkenaan.
Goh berkata adalah tepat pada masanya untuk memikirkan keselamatan gereja, lebih-lebih lagi insiden itu bukan sahaja menyebabkan kecederaan parah kepada seorang pemimpin agama di rumah ibadat, tetapi juga menimbulkan ketakutan dalam masyarakat.
“Namun, kita juga mesti menyedari bahawa gereja kita adalah ruang awam. Melakukan langkah keselamatan yang berlebihan mungkin tidak menggalakkan penganut daripada datang untuk beribadat kerana kesulitan yang perlu mereka hadapi,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
Goh juga menekankan kepentingan untuk bersedia dari segi mental dan operasi sebagai sebuah komuniti bagi mencegah insiden serupa dan mengurangkan akibat apabila ia berlaku.
Beliau juga menyatakan bahawa ahli gereja telah dilatih untuk berwaspada dan digalakkan untuk melaporkan individu yang mencurigakan serta sentiasa bekerjasama dengan MHA dan Pasukan Polis Singapura dalam hal keselamatan.
Goh menggesa semua jemaah gereja untuk kekal berwaspada dan melaporkan apa-apa yang mencurigakan kepada anggota keselamatan dan meminta pemahaman apabila langkah kawalan orang ramai dilaksanakan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua yang hadir.
Polis Singapura telah meningkatkan rondaan di rumah ibadat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
- Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat