Polis tahan lelaki buat kacau dan pecahkan cermin kereta

Oleh – Syeikh Baran

Polis tahan lelaki buat kacau dan pecahkan cermin kereta

Polis menahan seorang lelaki kerana bertindak membuat kacau dan memecahkan cermin kenderaan orang awam di Lebuhraya Dr Lim Chong Eu di Bayan Lepas, dekat sini, semalam.



Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, lelaki tempatan berusia 41 tahun itu ditahan di lokasi kejadian, selepas mendapat aduan daripada orang awam berhubung kejadian itu

“Bertindak atas maklumat, pihak polis ke lokasi kejadian dan menahan lelaki itu kerana suspek bertindak mengacau serta memecahkan cermin kenderaan orang awam di situ,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sazalee berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengetahui motif lelaki itu bertindak sedemikian.

Beliau berkata lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.



Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker