2 lagi kes virus Mpox berbahaya dikesan di UK

2 lagi kes virus Mpox berbahaya dikesan di UK

2 lagi kes virus Mpox berbahaya dikesan di UK
FOTO pada 19 Julai 2024 menunjukkan seorang jururawat mengambil sampel daripada kanak-kanak yang disyaki dijangkiti Mpox, di sebuah wilayah di Congo. FOTO Reuters

London: Dua lagi kes strain virus Mpox yang berpotensi membawa maut dikesan dalam kalangan kontak rapat kes pertama, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA), lapor PA Media/dpa.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes strain mpox Clade Ib yang disahkan di negara itu meningkat kepada tiga.

UKHSA memaklumkan bahawa risiko kepada populasi UK “kekal rendah” dan dua pesakit terbabit kini berada di bawah jagaan pakar di Guy’s and St Thomas’ NHS Foundation Trust, London.

Kes pertama negara itu dikesan di London minggu lalu, membabitkan seorang individu yang baru pulang dari percutian di Afrika dan tiba di UK pada 21 Oktober.

Individu itu mengalami simptom seperti selesema lebih daripada 24 jam kemudian dan pada 24 Oktober, mula mengalami ruam yang bertambah teruk pada beberapa hari berikutnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar

 

 


Kontak rapat bagi ketiga-tiga kes itu sedang dipantau oleh UKHSA dan organisasi lain, serta akan ditawarkan ujian, vaksinasi dan nasihat mengikut keperluan.

Strain Clade Ib Mpox merebak secara meluas di Republik Demokratik Congo (DRC) sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan kes turut dilaporkan di Burundi, Rwanda, Uganda, Kenya, Sweden, India, dan Jerman.

Laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika menyatakan lebih 40,000 kes mpox direkodkan dengan hampir 1,000 kematian di Afrika sehingga akhir September 2024.

2 lagi kes virus Mpox berbahaya dikesan di UK

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker