Dorna harap finale MotoGP di Barcelona
Dorna harap finale MotoGP di Barcelona
Sepang: Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sedang dalam perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan untuk menganjurkan pusingan kemuncak musim 2024 di Barcelona, kata Ketua Pegawai Kesukanan Dorna, Carlos Ezpeleta, hari ini.
MotoGP pada Jumaat berkata, mereka tidak akan menganjurkan perlumbaan dari 15 hingga 17 November ini di Valencia susulan banjir buruk di wilayah berkenaan yang sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 214 nyawa.
Barcelona sebelum ini pernah menjadi tuan rumah bagi Grand Prix (GP) Catalunya di Litar Catalunya.
“Kami sedang melihat kepada semua kemungkinan yang ada, ia sangat mencabar untuk menganjurkan acara dalam dua minggu tetapi dalam tempoh 48 jam sebelum ini, kami sudah melihat kepada kemungkinan yang ada,” kata Ezpeleta.
“Kami fikir yang Barcelona adalah venue terbaik, berdekatan Valencia, selain memikirkan ramai yang sudah membuat perjalanan untuk finale ini, terutamanya penyokong – kami fikir ia adalah tempat terbaik untuk mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
“Kami juga tahu kami mampu membantu komuniti Valencia dari lokasi.”
Ezpeleta dalam pada itu berkata, MotoGP sudah menghubungi pihak kerajaan tempatan di sana dan sedang menunggu maklum balas.
“Mereka mahu berkomunikasi dan bersama dengan pihak kerajaan Sepanyol dan juga Valencia sebelum mengesahkannya. Kami harap pengesahan itu dapat disahkan dalam tempoh 48 jam nanti,” katanya.
“Namun keperluan utama sekarang ini adalah Valencia – bukan mengesahkan GP kami. Ia sesuatu yang boleh kami tunggu dan apabila ia disahkan, kami akan mula bekerja dengan sebaik mungkin.”
Dorna harap finale MotoGP di Barcelona
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.