Khemah dihempap pokok kelapa sawit: Remaja patah kaki, 2 cedera
Khemah dihempap pokok kelapa sawit: Remaja patah kaki, 2 cedera
IPOH: Remaja lelaki patah kedua-dua kaki manakala dua lagi cedera ringan selepas khemah tempat mereka berteduh ditimpa pokok kelapa sawit yang tumbang semasa hujan ribut di Kampung Sungai Kuning, Selama, kira-kira 112 kilometer dari sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata dalam kejadian jam 1.44 tengah hari ketiga-tiga mangsa berumur dalam lingkungan 17 hingga 20 tahun sedang berteduh disebabkan hujan ribut di bawah sebuah khemah semasa menghadiri satu majlis perkahwinan di kawasan berkenaan.
“Bagaimanapun, pokok kelapa sawit yang terdapat berdekatan khemah itu tumbang dan menghempap ketiga-tiga mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Sabarodzi berkata, operasi membabitkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama yang mengambil masa sekitar 12 minit untuk menyelamatkan ketiga-tiga mangsa.
“Ketua operasi mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja pemotongan batang pokok yang menghempap seorang mangsa menggunakan peralatan gergaji berantai,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
Beliau berkata, mangsa yang mengalami patah kedua-dua belah kaki itu telah diserahkan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.
– BERNAMA
Khemah dihempap pokok kelapa sawit: Remaja patah kaki, 2 cedera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET