Peta tertua didakwa dedah lokasi Bahtera Nabi Nuh

Oleh – Syeikh Baran

Peta tertua didakwa dedah lokasi Bahtera Nabi Nuh

Sekumpulan saintis menguraikan peta tertua dunia yang terukir pada tablet tanah liat berusia kira-kira 3,000 tahun dan mendakwa bahawa  kepingan itu memaparkan lokasi Bahtera Nabi Nuh, lapor portal berita MailOnline semalam.



Artifak Babylon dikenali sebagai Imago Mundi itu menunjukkan gambar rajah bulat dengan sistem tulisan menggunakan simbol berbentuk baji untuk menggambarkan dunia mula tercipta.

Penyelidik Muzium British, London, di mana tablet itu ditempatkan, menjelaskan bahawa bahagian belakang tablet itu bertindak seperti kunci. Ia menerangkan perkara yang akan dilihat oleh pengembara dalam perjalanan mereka jika mengikuti peta tersebut.

Satu lagi bahagian mengatakan bahawa mereka mesti melalui ‘tujuh liga untuk melihat sesuatu yang tebal seperti kapal ‘parsiktu’.

Perkataan ‘parsiktu’ turut ditemui pada tablet Babylon  purba yang lain, khusus untuk menerangkan saiz kapal yang diperlukan untuk bertahan daripada banjir besar.

Kurator Muzium British, Dr. Irving Finkel berkata: “Ia menunjukkan kisah Bahtera Nabi Nuh. Jika anda melakukan perjalanan ini, anda akan melihat sisa-sisa bahtera bersejarah ini.”



Finkle menjelaskan bahawa sesiapa yang melalui laluan ke Urartu, secara teorinya, akan melihat bahagian tepi kayu kapal di atas gunung ‘seperti yang terdapat dalam kitab Injil’.

Menurutnya, bahtera itu berada di ‘Gunung Ararat’, Turkiye, berikutan banjir 150 hari yang menenggelamkan Bumi dan setiap makhluk hidup di atasnya.  

Banjir besar tersebut dikatakan berlaku 2,000 tahun sebelum tablet itu diukir.

Bahtera itu dikatakan berukuran panjang 160 meter(515 kaki) dengan lebar lebih 26 meter(86 kaki) dan tinggi 16 meter(52 kaki).



Penemuan tersebut adalah berdasarkan analisis saintis dan sejarawan Barat semata-mata.  – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker